Sunday, June 17, 2012

SEJAK TINGGALKAN ANWAR!!! Perniagaan burger Mat Zamil laris sehingga menjadikannya kaya raya?

BEBERAPA hari lalu, Ahli Parlimen Parti Islam, PAS Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan video rakaman bagaimana Bekas Ketua Pemuda KEADILAN Kedah, Zamil Ibrahim menjadi ejen Umno cuba membeli ahli parlimen Pakatan Rakyat didakwa dengan bayaran RM2 juta [Sumber].

Pendedahan itu nampaknya dibalas dengan maki hamun orang yang terlibat, apabila dia berkata Khalid Samad bukan sahaja bodoh malah memalukan [Bernama].

Kenapa nak maki hamun derr?



Kalau kita lihat, Zamil Ibrahim ini memang bijak. Lihat sahajalah bagaimana beliau dahulu yang hanya merupakan seorang peniaga burger ketika bersama KEADILAN, kini sudah berjaya mengumpul harta kekayaan mewah.

Ketika bersama KEADILAN hanya memiliki Proton Satria tetapi setelah keluar KEADILAN bersama Ezam Mad Nor, beliau sudah mampu memandu 'S-Class', malah dirumah banglonya juga terdapat sebuah Roll Royce.



Hebatnya Zamil ini, anda tahu apa resepi kejayaan beliau untuk berjaya sebagai penjual burger? Jawapannya mudah, tinggalkan KEADILAN, tinggalkan Anwar Ibrahim maka dengan serta merta perniagaan burgernya menjadi laris dan maju. Tahniah diucapkan.





ReJaM© "Sebab itu ramai orang nak tinggalkan KEADILAN dan masuk Umno "

4 comments:

Anonymous said...

dalam kotak pemikiran Melayu UMNO kebahgian dan kejayaan manusia diukur dengan simbol-simbol harta kekayaan seperti keta mewah dan banglo besar.Padahal insan-insan seperti ini rasanya tiada ketenangan dalam hidup apalagi imbauan masa lampau yang pernah menipu bukan seorang tetapi beribu-ribu orang.

Anonymous said...

Rahsia kejayaan Mat Zamil ialah dulu jual burger...sekarang jual maruah...oleh kerana maruah dier dah dijual...maka dia tak der maruah......maka itulah dia sanggup buat kejer2 begitu......hampeeeehhhh

Anonymous said...

Mana p pencacai umno ni? Komen la skit,ke korang pn sama cm dia gk? Jenis suka benda- benda haram ni hehehe....

Anonymous said...

Agen umno,mai la beli aku,murah ja,aku taruh 1 juta ja....