Saturday, June 16, 2012

TERKINI DI HIMPUNAN HIJAU PERAK!!! Bekas Ketua Jamaah Nazir, Tokoh Guru Negeri Perak 2011 isytihar secara rasmi sertai PAS


Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin mantan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Perak 2011 mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi semasa Himpunan Hijau negeri Perak di Markas PAS Bagan Masjid Tinggi , Bagan Serai.

Haji Ahamad Zabidi yang pernah menjadi Pengarah JPN Terengganu diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Ucapannya banyak menyentuh tentang kepincangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. 

Turut mengisytiharkan secara rasmi menyertai PAS adalah Tuan Haji Nazri Nordin bekas AJK Bahagian UMNO Goepeng yang selama 30 tahun bergelumang di dalam UMNO.

Lebih 10 ribu berhimpun di Markas PAS Bagan Serai menyertai Himpunan Hijau yang bermula dengan himpunan pesawah pada sebelah pagi.





9 comments:

Anonymous said...

adat la..dah pencen baru nak masuk PAS....masa dalam KPM punya la taksub pada UMNO..

Anonymous said...

Ucapannya banyak menyentuh tentang kepincangan dalam bidang pendidikan di Malaysia.

dulu masa hang dok ada jawatan awat tak ubah kepincangan tu....sembang ja....org atas KPM semua songkok TINGGI...

Anonymous said...

Syaidina Umar dulu sebelum peluk Islam bunuh anak perempuan.

Bila orang dah dapat hidayah , bersyukurlah.

Anonymous said...

Elok lah orang nak berubah dari TERUK jadi ELOK....apa masalahnya ?

Anonymous said...

kita raikanlah kehadiran beliau bersama kita...kita tak rugi apa2 kan..

farhahsuka said...

alhamdulillah....

Anonymous said...

KALAU NAK BERPOLITIK TAK APALAH TAPI JANGANLAH KUTUK TEMPAT YANG BERI KITA PERIUK NASI DAN KEMEWAHAN DULU. NAK MASUK RUMAH BARU MASUK SAJALAH TAPI JANGAN KUTUK RUMAH LAMA YANG DAH BANYAK BERJASA KEPADA KITA. APAKAH DIA SEMASA JADI PENGARAH KA JADI KETUA NAZIR KA TIDAK MELAKUKAN APA SAHAJA YANG DIA KATA TIDAK BETUL SEKARANG? APAKAH SEKARANG DIA SUDAH MERASA BERSALAH PULAK SEDANG DULUNYA MUNGKIN DIA JUGA TERLIBAT DALAM MELAKUKAN PENGINAYAAN KEPADA GURU YANG KONONNYA MENENTANG KERAJAAN. SELALUNYA MANUSIA YANG RASA BERSALAH INILAH YANG AKAN MENCARI JALAN KONONNYA UNTUK MEMBERSIHKAN DIRI DARI KESALAHANNYA DENGAN MENUDUH PULAK ORANG LAIN YANG MENAIKKANNYA DULU. MINTA MAAF TUAN HAJI. SAYA HILANG HORMAT PADA MANUSIA SEBEGINI WALAUPUN DAH JADI TOKOH APA SEKALIPUN.BUKAN ITU CARANYA MEMBERSIHKAN DIRI DARI SEGALA TINDAKAN KITA. APAKAH ORANG AKAN LUPA APA YANG KITA BUAT SATU KETIKA DULU? SEORANG KAWAN YANG DULUNYA KUAT PENYOKONG PEMBANGKANG TELAH DITUKARKAN OLEH SEORANG PENGARAH YANG BEGITU SOMBONG DAN ANGKUH SEMASA BERKUASA. TAPI DEK KECEWA TAK DAPAT APA YANG DIHAJATI LEPAS PENCEN MASUK PULAK PEMBANGKANG SEDANGKAN KAWAN TADI PULAK BERALIH JADI PENDOKONG KUAT BN PULAK. ALLAH MAHA KUASA.

Suparman said...

Yang ko sebok dia bertukar angin kenapa? Itu hak dia nak join PAS sebab sekarang nih PAS memang akuat.Yang ko meroyan kenapa takut kalah?Memang ko dan BN ko akan kalah.Kalau PAS kalah pun itu dah kebiasaan.BN nih sebenor benornya yang takut...adat la bila nak masuk kubur takut la kan.

Anonymous said...

suparman awak cakap macam awak dah tau keputusan PRU13.Allah tak suka org takbur dan riak.. Kalau PAS buatlah cara PAS ..kata Parti Islamik.Kita sesama Islam sama aje di Padang Masyar xkira parti politik pun.Nanti batu nisan awak saya balutkan kain lambang PAS...Syurga ke?