Tuesday, June 19, 2012

TERKINI!!! MCA hentam hudud, PAS jelaskan kerana UMNO takut MCA

Perdebatan mengenai masa depan demokrasi di Malaysia menjadi ‘panas’ apabila isu negara Islam dibahaskan oleh Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa.

NONEKetika pusingan kedua pada sesi menjawab soalan Debatkini, Gan (kanan) dilihat mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.

Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.

“Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.

“Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Ttapi ia juga adalah interpretasi.

“Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama ini tidak meninggalkan iman dan dalam konteks sejarah, mereka yang murtad, adalah kerana menentang sistem atau boleh dikatakan sebagai pengkhianat,” katanya menjadikan murtad sebagai contoh dalam Debatkini anjuran Malaysiakini di ibu negara malam tadi.

Menjelaskan kenyataanya itu lagi, Mujahid berkata, seseorang yang murtad itu perlu memilih diantara iman dan hati naluri sendiri dan jika melakukannya kerana menghormati undang-undang, maka tiada isu mengenai murtad.

NONE“Isunya ialah, orang yang murtad dijadikan alat politik bagi mereka yang berfikiran sempit antara dua-dua belah pihak,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Sementara itu,sebagai  membidas kenyataan Mujahid (kiri), Gan berkata, walaupun enakmen hudud tidak dilaksanakan, tetapi beliau mendakwa, PAS cuba menerapkan elemen tersebut di Kedah apabila penggubalan undang-undang bagi menghalang fatwa dicabar di mahkamah diluluskan.

“PAS kata undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan kerana Umno takut dengan MCA. Saya amat mengambil berat tentang perkara ini. Bayangkan tekanana ke atas perdana menteri dan rakan-rakan dalam BN apabila mereka kata Umno tidak boleh laksanakan hudud.

“Saya percaya Islam itu ialah bersederhana dan tiada paksaan. Tetapi jika kami mahu ingin melaksanakan (hudud) sebagai cara hidup, maka, jauhkanlah,” kata Gan.

Selain itu, Gan  yang juga merupakan seorang peguam menambah, beliau turut menganggap sistem perundangan Islam atau hudud akan menjadi ‘mimpi ngeri’ kerana. katanya, setiap hukuman yang dikenakan bergantung sama ada banduan tersebut beragama Islam atau tidak.

NONEJusteru, membidas kenyataan Gan, Mujahid dengan tegas berkata, tiada istilah ‘Hudud PAS’.

Mujahid menjelaskan, PAS mempunyai aspirasi dengan melakukan sesuatu secara demokratik.

“Di Kelantan dan Terengganu, enakmen hudud dikenalkan secara demokratik dan kamu mungkin tidak suka tetapi dalam demokrasi, anda tidak mungkin akan membenci semuanya.

“Kita telah sampai ke peringkat di mana, kita melihat hubungan antara Islam dan negeri ini tidak secara formatif tetapi dengan cara substantif bagi menyuntik Islam kepada negara.

“ Ini merupakan lonjakan terbesar PAS. Sama ada MCA atau Umno tidak suka, itu adalah masalah mereka. Kita progresif. Islam ialah meletakkan diri dalam demokrasi. Kita percaya tidak ada pemisah antara Islam dan demokrasi,” kata Mujahid lagi.

5 comments:

Hamdan Rukun said...

HE! HE! HAKIKATNYA MUJAHID TAK BERANI JAWAB SOALAN " ADAKAH PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD ?"...

WAYANG LAGI. DI KAMPUNG KATA NAK BUAT, DI BANDAR KATA NAK DEMOKRASIKAN HUDUD...

Anonymous said...

aku mintak sapa2 orang pas tolong terangkan camana pas nak laksanakan hukum hudud bila menang nanti....pkr ngan dap tolak hudud. jadi camana nak gubal undang2? mohon penjelasan.....

Anonymous said...

penjelasan dah diberi tapi sifat pencacai umporno tak mahu faham hanya fitnah jadi makanan

Anonymous said...

si luncai ni islam ke ape ha..perangai ngalahkan yahudi

Anonymous said...

Setiap orang islam yang beriman, wajib menyokong hudud kerana ianya hukum Allah.. kalau menolaknya adalah seperti menolak hukum allah , samalah seperti menolak hukum wajib solat dan lain2 kerana itu adalah arahan...Jadi dimanakah kedudukan orang itu??? dah murtad...