Thursday, July 19, 2012

FITNAH CELAKA!!! Cukup la UMNO terajunya, polis tak payah la jadi tukang fitnah

KUALA LUMPUR - Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.


"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.


"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.


Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut  Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.  

Mohd Sofian berkata, tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara.


"Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.


"Ataupun (ia) meningkatkan aktiviti demonstrasi dan juga insiden yang boleh mengalihkan tumpuan pihak polis... gerakan massa mengheret rakyat turun ke jalanan melakukan demonstrasi akan terus menjadi trend di negara kita," katanya.


Beliau berkata, perhimpunan Bersih, Oren dan Hijau, yang dianjurkan pihak yang disokong pembangkang, baru-baru ini merupakan rancangan yang diatur khas sehingga pilihan raya umum akan datang.


"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik,"kata beliau dipetik Bernama. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

Yg umno punya baik dgn parti komunis negara china tu takpe pulak,ada plk lg hubungan sulit dgn negara Israel,ni lg bahaya.....

Anonymous said...

bahaya ni...

Anonymous said...

Propaganda umno bila nk dekat pilihanraya supaya org benci dgn pakatan,dr dulu sampai sekarang sama je,nk kaitkn org pakatan dgn unsur2 extremis,pengkhianatan..supaya ada modal utk sumbat org2 pakatan dlm ISA,sbb 2 la umno xnk mansuhkn ISA sbb survival mereka....taktik yg biasa dgunakn oleh rejim2 dseluruh dunia...

Anonymous said...

HANYA ORANG BANGANG SAHAJA YANG PERCAYAKAN FITNAH ITU.....END OF STORY!!!