Saturday, July 14, 2012

HIMPUNAN OREN!!! Yang di-Pertuan Agong sampai salam kepada semua peserta

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata, persepsi Umno terhadap pembangkang selama ini terbukti tidak berasas apabila Himpunan Oren Selamatkan Felda, anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF), yang disertai hampir 4,000 orang petang semalam, berlangsung dengan aman.

Menurut Mazlan, kejayaan perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan menjadi bukti yang pembangkang mampu mengadakan perhimpunan aman jika tidak ada unsur-unsur provokasi.


"Ini membuktikan yang persepsi negatif Umno terhadap pembangkang selama ini tidak berasas.


"Tidak ada sebarang kekecohan, huru-hara yang berlaku petang tadi.


"Malah, pihak polis turut memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang perhimpunan diadakan," kata beliau ketika berceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini, malam tadi.


Tambah beliau, pihak Istana Negara turut memberi kerjasama yang baik semasa sesi penyerahan memorandum diadakan.


"Saya berasa berbesar hati, malahan Yang di-Pertuan Agong kita turut menyampaikan salam kepada semua peserta yang menyertai perhimpunan oren petang tadi," ujar beliau.


Memorandum diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara.


Beliau turut berkata, persepsi media arus perdana yang memberi gambaran perhimpunan yang disertai hanya 1,000 orang tidak menjejaskan semangat

pihaknya.

"Kita sekarang berada dalam dunia tanpa sempadan. Rakyat boleh menilai sendiri dalam media baru, menggunakan Twitter atau Facebook.


"Biarlah rakyat menilai sendiri. Rakyat kini semakin bijak untuk menilai sendiri. Jadi terpulang lah kepada rakyat untuk menilai," katanya.


GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras),  Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badan Bertindak Peneroka Felda Malaysia (Bangkit), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Badan Bertindak Peserta Felcra Malaysia (Bapa) dan Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera Malaysia (Kerabat).SH




Masjid Wilayah Jalan Duta

Selesai solat

Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop

Perarakan bermula


Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai

Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar


Barisan pimpinan 




Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman



Berarak menuju ke Istana Negara



Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad



Pemimpin dibarisan hadapan


Ceria biarpun dibawah terik mentari


Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara



Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai

Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama


CheguBard juga tidak mahu ketinggalan

Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren

Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu?
Gambar : Ajijoi 

2 comments:

5sal said...

assalam admin!ana pernah terbaca lam blog mana ana x ingat, kan dulu masa almarhum ayahanda yang dipertuan agong sekarang pernah nak mengharamkan umno masuk kenegeri kedah.kalau x ana kan sohaimi meor hassan kan penyanyi,ana rasa lepaih nie x leh kena gam la x leh nyanyi kt tb lg pasai sertai oren. hehehe!

Anonymous said...

Mane isma? Hehe. Nak tggu hassan ali dijemput baru nak join?