Thursday, July 26, 2012

KECUT DALAM MAHKAMAH!!! Dua Samseng Taik Minyak sanggup bayar RM 3000 kepada bekas wartawan Kwong Wah Daily



NONE
Dua lelaki yang didakwa menyerang seorang wartawan akhbar berbahasa Cina semasa protes anti-Lynas di Pulau Pinang awal tahun ini, menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dengan masing-masing membayar RM1,500.

Kes itu, yang dijadual didengar mulai hari ini, bermula lewat kerana salah seorang peguam defendan - Mohammad Norman Ismail dan Mohamad Firdaus Ahmad - mengendalikan kes di mahkamah lain.


Pendakwaraya Suhaimi Ibrahim dan Edward Chan mengendalikan kes itu di hadapan  majistret Siti Salwa Ja'afar.


Norman dan Firdaus mahu penyelesaian kes itu di luar mahkamah dan selepas sejam berunding, Siti Salwa mengumumkan mereka bersetuju membayar RM1,500 tiap seorang kepada bekas wartawan
Kwong Wah Daily, Adam Chew (kanan).

Chew kini merupakan pembantu peribadi kepada ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.


Norman dan Firdaus didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang Chew pada 26 Februari, semasa pertengkaran yang berlaku sewaktu protes membantah loji Lynas di Gebeng yang dianjurkan oleh kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.



Denda yang kena dibayar di bawah Seksyen 260 (1) dan (5) Kanun Prosedur Jenayah dan merupakan satu pembebasan.
penang lynas himpunan hijau 260212

Chew -  yang berhenti bertugas dengan Kwong Wah pada bulan April -  bersetuju dengan penyelesaian tersebut dan menerima wang itu di mahkamah, berkata beliau akan menyumbangkannya untuk membiayai perbelanjaan perubatan seorang kanak-kanak.

Ditanya sama ada dia menuntut permohonan maaf dari Norman dan Firdaus juga, Chew berkata dia tidak akan memaafkan mereka kerana memanggilnya dengan nama rasis seperti 'Cina babi' semasa pertengkaran tersebut.


"Saya tidak menyetujuinya kerana wang tetapi kerana dengan menyelesaikan di luar mahkamah, mereka mengakui kesilapan mereka," kata Chew.

2 comments:

Amuraria said...

aparaa mangkuk ni pun biar mahkamah putuskan dua anjing umno-apco samseng kampong dusun ni ,sayang pi ambil duit buat apa umno-apco banyak duit haraM tak heran punya ! biar mahkamah ajar sikit adab & sopan pada anjing-anjing kurang ajar tu,ABU saja penyelamat negara !

5sal said...

assalam admin!setuju sangat ngan amuraria tu biaq selasai lam mahkamah ajaq sikit puak nie. nie wat pa p setel kat luaq mahkamah,sok depa wat lg pasai leh setel kat luaq.gok betoi la balak nie.