Sunday, July 29, 2012

LOGO 1MALAYSIA!!! Rais nak temberang tapi KANTOI

 http://3.bp.blogspot.com/-cfMCs1MQcYw/UBLR8hBGwLI/AAAAAAAAJdg/8N0i_kJ6Jq0/s640/rais-yatim-merdeka-55.jpg

'Logo Sambutan Kemerdekaan asli'

Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempertahankan keaslian logo Sambutan Kemerdekaan ke-55 dan menyangkal temanya '55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' berunsur politik.


Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata tidak wujud soal ciplak dalam logo itu, sebaliknya ia direkabentuk sebagai manifestasi gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan menyifatkan mereka yang mempertikai dan mempersendakan logo dan tema berkenaan mahu mencari publisiti murahan tanpa membuat penilaian rapi.

Katanya, logo digunakan tidak jauh bezanya dengan tahun lalu dan mesejnya juga sama, iaitu sebagai simbol jiwa merdeka rakyat yang hidup dalam sebuah negara harmoni dan bersatu meraikan kemerdekaan.


“Sepuluh tahun menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan, tahun ini kita menerima kritikan nakal dan pedas yang saya percaya wujud akibat dari persepsi politik,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.


Rais berkata, kritikan seumpama itu tidak seharusnya dilemparkan, apatah lagi Ramadan sepatutnya diisi dengan kegiatan bermanfaat, bukannya mencaci dan menaburkan fitnah.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LogoSambutanKemerdekaanasli_/Article


Tema dan Logo Kemerdekaan ke-55

Cetak PDF
2012
PECAHAN LOGO KETERANGAN
bendera Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserlah di persada dunia.
bendera Melambangkan Kedaulatan Institusi Raja Berpelembagaan dan kedaulatan Negara yang telah dipertahankan sejak 55 Tahun.
bendera Melambangkan perpaduan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.
bendera Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.
bendera Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.
bendera Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.





http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/391565_392191280843046_545307905_n.jpg
tengok logo yang muhyiddin lekat kat kereta
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/394687_392195330842641_1190017936_n.jpg
yang ni pula najib sendiri lekat


siapa tipu siapa ni abang rais? 

kerabubersuara

5 comments:

Anonymous said...

macam bangsat..

Anonymous said...

ni logo ke taik lembu?

solo mum said...

“Sepuluh tahun menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Kemerdekaan, tahun ini kita menerima kritikan nakal dan pedas yang saya percaya wujud akibat dari persepsi politik,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Patut la kaya raya.....
Projek perabih duit rakyat dgn program yg ntah apa2....

Anonymous said...

Lagu tema pin dengarnya ciplak lagu daripada indonesia.

Anonymous said...

ni ape sampah la yg dorang buat lg ni..sakit jiwa raga ak tengok..lagu merdeka mcm ni???logo merdeka mcm ni???fuhh...mmg dah bengap dan bebal dah mangkuk ayun bertingkat ni...