Friday, July 20, 2012

PEMIMPIN PR CABAR POLIS!!!! Dedahkan bukti jangan buat fitnah untuk jaga UMNO

  PDRM diminta jaga negara, bukan Umno 

KUALA LUMPUR: PDRM Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menjaga kepentingan negara bukannya menjaga kepentingan Umno dengan membuat fitnah kepada pihak lain.

Polis juga diminta jangan menimbulkan suasana tidak tenteram di dalam negara ini, apabila cuba mengaitkan PAS dan Pakatan Rakyat telah diresapi oleh gerakan JI dan komunis.

Permintaan ini dibuat oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Terbaru Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis dalam DAP.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen anjuran  Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia.

"Jika benar perkara ini kenapa  polis tidak bertindak segera, sebaliknya perkara ini telah didedahkan kepada pelajar di dalam taklimat keselamatan.

"Apakah ini modus operandi polis, dedah dahulu baru hendak bertindak?" soal Idris.

Kalau perkara keselamatan negara pihak polis hendak mempolitikkan, maka amat malang negara mendapat perkhidmatan polis seperti begini, kata Idris.

Beliau seterusnya mempersoalkan, mana ada di dunia ini, pihak keselamatan sebuah negara mencerita dahulu, kemudian baru bertindak.

"Pihak PDRM jangan memalukan negara, apabila perkara besar sudah menjadi rahsia umum.

"Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu.

"Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak," soal beliau.

Idris juga bertanya, kenapa pihak PDRM tidak bertindak kepada keganasan yang dilakukan oleh penyokong Umno seperti keganasan di Jalan Kebun Kelang, Lembah Pantai, Imam Masjid Teras Jernang ditumbuk, serangan kepada Ambiga di Merlimau Melaka.

"Apakah ini semua tidak menggugat ketenteraman awam dan merbahaya keselamatan negara. Apakah negara kita ada dua undang-undang.

"Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media.

"PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno," pinta beliau

Polis menipu jika gagal dedah ‘pengganas’ – Nik Nazm


PETALING JAYA, 20 Julai: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad mencabar polis mendedahkan identiti pemimpin Pakatan Rakyat yang dikaitkan dengan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian membuktikan polis cuba menipu rakyat dengan tuduhan tidak masuk akal.


“Kalau ada bukti, sila dedahkan. Kami pun nak tahu siapa individu terbabit. Kalau tiada bukti mereka perlu minta maaf,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini. Hadir sama Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar.


Semalam Bernama melaporkan risikan polis Cawangan Khas mendedahkan Jemaah Islamiah (JI) dan komunis meresapi KEADILAN, PAS dan DAP. Malah polis menuduh individu yang dikaitkan dengan gerakan terbabit cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Setia itu menyifatkan tuduhan tersebut sudah lapuk dan dikitar semula disebabkan Umno BN kini benar-benar terdesak.

“Mereka sebelum ini tuduh kononnya DAP nak dirikan negara Kristian, jadi buat apa JI nak sokong DAP. Parti Komunis pulak tak percaya kepada tuhan, jadi kenapa mereka nak sokong PAS. Ini jelas tak masuk akal,” katanya.

Beliau kesal dengan tindakan Umno BN memperalatkan polis semata-mata untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat.

“Saya nasihatkan polis melaksanakan tanggung jawab membanteras jenayah yang semakin serius. Jangan keliru dengan peranan tersebut,” katanya.

Beliau turut menyelar polis apabila berdiam diri terhadap hubungan rapat antara Umno-Parti Komunis China dan MCA-Parti Komunis Korea Utara.

Nik Nazmi turut menempelak Pemuda Umno yang berbangga terhadap hubungan rapatnya dengan Pemuda Komunis China.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33105
.

 Karpal cabar SB namakan mereka didakwa JI, komunis

Pengerusi DAP Karpal Singh mencabar polis Cawangan Khas supaya menamakan mereka yang didakwa anggota Jemaah Islamiah (JI) dan komunis yang dikatakan cuba meresapi parti-parti pembangkang

NONESambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Saya mencabar Cawangan Khas untuk menamakan anggota JI
dan komunis yang dikatakan telah meresapi Pakatan Rakyat," katanya sambil menambah bahawa ia semata-mata satu taktik licin untuk melemahkan pakatan pembangkang.

Karpal (kanan) telah ditemui selepas prosiding pertuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

1 comment:

Anonymous said...

Dalam paper kosmo 21 julai,menteri dalam negeri,Datuk seri Hishamuddin berkata 'TIADA TERIMA MAKLUMAT WUJUDNYA PENGARUH PENGGANAS DAN BEKAS KOMUNIS MERESAPI MANA-MANA PARTI POLITIK DI NEGARA INI...SAYA TIDAK BOLEH MENYATAKAN IANYA BENAR ....rujuk paper kosmo 21 julai mukasurat 4...jadi itu semua hanya fitnah peribadi puak-puak tertentu...