Tuesday, July 31, 2012

TERKINI! Rafizi Ramli didakwa Akta BAFIA! Perbicaraan 10 September!

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.

Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.


Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.


Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.


Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.


Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu aebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.


Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.


“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.


Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.


Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.


Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.


Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.


Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.


Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.


Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.


Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.


Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.


Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.


NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.


Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.


Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.


Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya.



Bagaimana Keluarga Shahrizat Bayar Pembelian Kondo "Lembu"?? - 8 Februari 2012


Perhatikan angka-angka ini.

Jumlah "pinjaman mudah" untuk Projek Feedlot Nasional (NFC) :
RM250 juta

Jumlah yang didedahkan setakat 08 Februari 2012 :
RM62.6 juta

Jumlah yang masih "hilang" / belum didedahkan :
RM187.4 juta

Harga pembayaran EMPAT kondo dan SATU chalet yang sepatutnya dibayar setiap bulan (tempoh 25 tahun) :
RM343 ribu/sebulan

Sekiranya semua gaji dan elaun Pengerusi NFC yang juga suami Shahrizat Jalil, Mohamad Salleh Ismail yang berjumlah
RM300 ribu sebulan tidak diguna walau SESEN PUN, masih ada lagi RM43 ribu lagi wang yang perlu dijelaskan tiap bulan.

Sekiranya gaji dan elaun Shahrizat sebagai menteri yang berjumlah
RM24 ribu sebulan juga digunakan, pun masih ada lagi RM19 ribu lagi yang perlu dibayar.

Dari mana nak dikorek lagi wang berjumlah RM19 ribu itu?


Gaji dan elaun anak-anaknya yang lain yang bekerja dengan NFC?


"Pinjaman" dari bank atau institusi kewangan dengan wang NFC sebagai cagaran??


Wang panas dari sumber haram???


Wallahualam.


Lu pikir la sendiri!


JALAN PULANG

Keluarga Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan bahawa mereka tidak menggunakan dana dari Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) untuk membiayai pembelian dua lagi kondominium mewah di Singapura.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata ada kemungkinan dana rakyat RM250 juta untuk NFC telah digunakan bagi membiayai dua kondo tersebut. Ini berdasarkan kemudahan pembiayaian yang diluluskan oleh Maybank untuk pembelian kondominium mewah bernilai lebih RM34 juta itu.

"Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai dua unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?", beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.


PKR hari ini mendedahkan dua lagi kondominium mewah yang dimiliki suami Sharizat, Datuk Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Shahinur Irzan di Marina Bay Suites, Singapura.


Mengikut kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun, keluarga Shahrizat perlu membayar RM173,000 sebulan bagi membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.


Justeru, PKR mengesa Shahrizat memperincikan pendapatan keselurahan keluarga dalam menjawab kemampuan mereka memiliki aset jutaan ringgit di Singapura.


"Beranikah Dato' Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?"


Melihat kepada kepincangan dan isu kreadibiliti pemimpin Umno-BN, PKR turut mengesa Najib mewajibkan kesemua ahli kabinetnya mengistiharkan harta bagi menjawab pelbagai persoalan yang bermain dipemikiran rakyat Malaysia hari ini.


"Apakah Dato' Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil?"

2 comments:

Anonymous said...

semuga dgn tindakan UMNO/BN yg terdesak ini akan membukakan mata rakyat akan betapa buruknyer perangai UMNO/BN kerana menggunakan(menyalahgunakan)undang2 sbg perisai/melindungi akan penyelewengan2 yg mereka telah lakukan..........hampeeeehhhh

Anonymous said...

Ini yg dikatakan undang2 rimba....sesuka hati dier nak buat jer...mentang2 dier ader kuasa.....sedangkan saksi sepatutnyer dilindungi.....ptuiiiiii