Wednesday, August 29, 2012

HIMPUNAN JANJI DICAPATI!!! Nak bagi ramai , Najib terpaksa diadakan cabutan bertuah..

Adoii.. tak pernah lagi sepanjang hidup aku ini aku mendengar ada negara yang sangat terdesak untuk mengajak rakyanya hadir ke perhimpunan menyambut Hari Kemerdekaan negara mereka..

Inilah yang pertama kali aku mendengarnya, bukan dari negara luar atau negara jiran tetapi dari negara kita sendiri.


Sebelum ini.. Mahasiswa dikatakan dibayar RM100 untuk hadir ( baca di
SINI ), lepas tu Kakitangan DBKL pula dikerah untuk hadir ( baca di SINI ).. lepas tu pula Kakitangan KTMB diupah RM30 untuk hadir ( baca di SINI )

Ini pula.. kerana terpaksa untuk menarik minat rakyat untuk turut hadir dalam Himpunan 55 Tahun Merdeka ‘Janji dicapati’, kerajaan Barisan Nasional terpaksa mengumpan rakyat Malaysia dengan berbagai hadiah menarik cabutan bertuah.




Laporan berkaitan..
PROTON PREVE, CHEVROLET CRUZE, MOTOSIKAL ANTARA HADIAH CABUTAN BERTUAH HIMPUNAN MERDEKA

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Sebuah kereta Proton Preve, kereta Chevrolet Cruze, tiket penerbangan ke London dan Sydney, empat motosikal Modenas, sebuah Vespa Naza adalah antara hadiah menarik cabutan bertuah untuk orang ramai yang berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada sebelah malam 31 Ogos bagi memeriahkan acara ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati''.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata hadiah lain berupa sebuah Motorbike 125, tiga unit telefon pintar Blackberry, 50 unit Huawei Tablet dan 10 unit basikal Fixie.

Semua hadiah tersebut merupakan tajaan daripada syarikat korporat iaitu Yayasan Al-Bukhary, Naza Motor, MAS, Celcom, Axiata dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata sebanyak satu juta kad cabutan bertuah yang juga kad ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disediakan dan sebahagian besarnya telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


"Kad cabutan bertuah itu juga akan diedarkan di semua pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos dan orang ramai perlu mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan dan nombor telefon di sebahagian keratannya sebelum memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan di pintu masuk stadium," katanya.


Beliau juga mengingatkan kepada semua yang memiliki kad cabutan bertuah itu agar datang menyaksikan pelbagai acara yang disediakan pada malam himpunan itu bersama-sama kad cabutan bertuah mereka.


"Cabutan akan dibuat selepas pukul 10.30 malam, jadi pastikan pengunjung kekal sehingga ke penghujung acara
sambil menikmati konsert daripada ramai artis terkenal," katanya.

Kamaruddin juga berharap dengan adanya segmen cabutan bertuah itu dapat menarik lebih ramai pengunjung ke himpunan itu dan
menjangkakan seramai 80,000 ke 200,000 yang akan hadir.

"Kita harap dapat tarik seramai mungkin pengunjung, kalau di dalam stadium penuh, kita juga sediakan pentas dan kerusi serta pancaran LCD di luar bagi membolehkan orang ramai mengikuti ucapan Perdana Menteri," katanya.

 ''Himpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati'' yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula seawal 3.30 petang dengan aktiviti jualan Merdeka Raya dan persembahan artis manakala pada sebelah malamnya diadakan perarakan perpaduan, anugerah Pencapaian Cemerlang Tokoh Negara dan ucapan Najib. 

ASD

7 comments:

Anonymous said...

Cabutan bertuah kira ok lg. Pas pun pernah buat kerahan tenaga untuk ahli ikut khalifah ambiga buat demo.Tok guru siap keluarkan fatwa wajib syar'ie patuh pd arahan khalifah ambiga. So, apa komen?

Anonymous said...

kah kah kah ada jugak TOTOK NAJIB merempat kat sini backing kaw kaw piawww pasal konsep kemerdekaan thn ni..bagi Hadiah cabutan bertuah kaedahnya...PATHRTIC TO THE CORE...Sape nak menang cabutan, silakan pegi...Lepaih tu biar meka syok sendiri perasan sokongan rakyat ada balik..UNDI TETAP PANGKAH PR! HAHAHAHHHA ABUUU!!!

Anonymous said...

Cabutan ni macam rasuah jgak la. Rasuah ngan umnonok memang sinonim githu. Semua GLC kena kerah anta staff utk acara maksiat anjuran umnonok.

Ya Allah Ya Tuhanku... Ko kurniakan lah hidayah mu kepada ambiga dan LGE. Semoga terbuka hati mereka utk mendalami Islam dan seterusnya memeluk agama suci Mu Ya Allah... AMIN

Anonymous said...

Janji pahala pd siapa yg hadir demo adalah rasuah yg sgt besar!

Ya Allah, kau lindungilah hambaMu daripada perjuangan lesbian gay biseks transeks, kristianisasi dan pleurarism yg diketuai oleh ambiga dan disokong oleh pas.

Anonymous said...

Respect pd anon dkt atas. Mendoakan kesejahteraan khalifah ambiga dan khalifah guan eng. Orang pas yg mcm nilah yg kita mahu. Jgn lupa doakan khalifah karpal sekali.

Anonymous said...

hoi anon umporno setan. nak komen jika benda sama baik tak payah komen. banggang terlajak

Ustaz Umno said...

kenapa la masih wujud lg org seperti anon 30 August, 2012 10:18 dan seangkatan dgnnya.. mulut puaka..ckp ikut sedap je..sbb nafsu dendam,amarah sudah menguasai diri. Dik, nk komen pun agak2 lh ye.. nti dtg bala dari Allah kalau benda yg kita komen tu x betul..