Thursday, August 9, 2012

ISU PENDATANG SABAH!!! Pairin pula mendebik Mahathir



MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentangan terhadap pewarganegaraan pendatang asing di Sabah adalah tidak adil dan berunsur politik.

Menulis di blog hari ini (8 Ogos - pent.), beliau berkata ledakan rakyat Sabah adalah wajar kerana ramai pendatang terbabit telah lama tinggal di negeri ini dan mereka serta anak-anak mereka fasih berbahasa Malaysia.

Katanya, berdasarkan tempoh lamanya mereka telah tinggal di negeri itu dan menguasai bahasa kebangsaan, maka mereka layak menjadi rakyat negara ini dan memperolehi kerakyatan.

Sebagai perbandingan, Dr Mahathir berkata, kerakyatan telah diberikan kepada mereka yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia tetapi telah lama tinggal di Malaysia.

"Jadi mengapa tidak pendatang di Sabah yang memiliki semua kelayakan ini, boleh diterima sebagai warganegara?" soalnya sambil menambah bahawa bantahan terhadap mereka menjadi warganegara, nampaknya ada unsur politik.

Dr Mahathir membuat komen tersebut menjelang lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Sabah hujung minggu ini, di mana beliau juga dijangka mengumumkan terma rujukan bagi suruhanjaya siasatan diraja terhadap pendatang haram yang diberi kerakyatan di Sabah.

Mahathir telah dikaitkan dengan Projek IC panggilan bagi satu dakwaan gerakan memberi kerakyatan kepada pendatang haram untuk tujuan politik, yang bermula pada tahun 1990-an.

Ketika sidang meja bulat Majlis Hak Asasi Negara, Parti Bersatu Sabah (PBS) membentangkan kajian berhubung ledakan rakyat Sabah, yang menunjukkan bahawa pada tahun 2002, lebih 200,000 warga asing meninggalkan Sabah tanpa dokumen.

Bagaimanapun, mereka kembali dengan dokumen yang sah di bawah nama yang berbeza dan memusnahkannya apabila tempohnya tamat, kata ahli Majlis Tertinggi PBS, Dr Chong Eng Leong ketika membentangkan kajian tersebut.- Malaysiakini

===//===

Sementara itu, laporan dari Borneopost pula menyiarkan kenyataan Presiden PBS yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan seperti yang tercatat dibawah,

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pendatang tanpa izin (PTI) yang sudah lama menetap di negeri Sabah layak menjadi warganegara sebagai sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang.

Beliau berkata, alasan yang mengatakan bahawa mereka (PTI) sudah lama di sini dan mereka boleh dijadikan sebagai warganegara ini perlu berlandaskan undang-undang.


“Banyak yang kita tahu bahawa satu daripada sebab wujudnya RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) ini ialah kerana ada tindakan-tindakan yang di luar undang-undang dan ini yang menyebabkan ada antara pendatang asing menjadi warganegara dan pengundi dan terdaftar di dalam buku daftar. Inilah isu-isunya dan bukan kerana mereka dikatakan sudah lama di sini.


Menurut Pairin, PTI tidak ada hak untuk menuntut hak kewarganegaraan kerana mereka tidak mempunyai dokumen yang sah.


“Orang-orang yang ada dokumen, yang ada pas kerja dan yang datang secara sah ini, bila mereka sudah lama di sini (Malaysia), itu ada asasnya mereka boleh memohon sebagai warganegara.


“Tetapi untuk PTI, mereka ini tiada dokumen dan tiada hak untuk menuntut sebagai warganegara kerana tiada asas. Mereka perlu diputihkan terlebih dahulu dan itu sebanya ada program pemutihan.


“Tapi kalau bulat-bulat mengatakan PTI setelah dia berada di sini sekian lama boleh dijadikan warganegara itu bertentangan dengan undang-undang kita.,” katanya kepada pemberita selepas menyumbangkan 500 paket kuih raya kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kepayan.

Pairin berkata, pemimpin veteran itu tidak perlu lagi bercakap pasal perkara itu kerana sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

“Dalam 22 tahun beliau memerintah, usaha untuk membanteras memang tidak mencukupi. Kalau kita mahu mengatakan benar-benar, persepsi rakyat di negeri Sabah ini ialah bahawa beliau tidak mahu menutup jalan orang-orang yang tiada dokumen ini masuk ke negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir, yang antara lain mempertahankan peningkatan bilangan pendatang di Sabah dan golongan itu layak diterima sebagai warganegara kerana telah berdekad tinggal di Malaysia dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu.


***********

Nota Karmic : Tidak sukar untuk meneka sebab musabab Che Det untuk mewajarkan pemberian kewarganegaraan kepada PATI kerana sebarang usaha untuk menyokong RCI dari beliau adalah umpama menepuk air didalam dulang. 

Che Det adalah orang yang dikatakan menjadi perintis kepada terbukanya pintu kepada PATI secara besar besaran sejak awal 1990an, so mana mungkin beliau bersetuju dengan segala cadangan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan kepada PATI sebagaimana yang beliau ungkapkan dalam tulisan terbarunya.

Dengan ini, secara tidak langsung, pekung yang cuba ditutup oleh Che Det telah terbuka dengan sendirinya oleh  Pairin yang juga pemimpin sebuah parti komponen BN. Maka, isu warganegara ekspress ini memang benar dan bukan propaganda pihak lawan sebagaimana yang sering dilabelkan oleh BN sebagai isu politik semata mata.

So, sudah sepatutnya Pairin Kitingan sedar bahawa BN bukan sebuah organisasi yang boleh mengatasi isu yang semakin membarah ini. Beliau sendiri akui, selama 22 tahun memerintah Sabah, para pemimpin senior sebenarnya sudah sedia maklum mengapa perkara itu berlaku dan mengapa pendatang tanpa izin boleh masuk ke negeri Sabah.

Sebabnya mudah, mereka mereka itulah yang dikerah kesana sini untuk dijadikan bidak bidak catur bagi memenangkan BN dalam setiap kali pilihanraya. Satu percaturan yang amat bangsat kerana rela memperjudikan masa depan Malaysia dengan mengimport PATI semata mata untuk kelangsungan kuasa.

Wahai Rakyat Negeri Sabah .. Ini Kali Lah ~!!!ghaflah

3 comments:

Anonymous said...

isu pendatang ni lebih baik tak bangkit kan bro. sebab china doll yang dibalun ketua umum pun pendatang jugak, pendatang dari china. nanti takut ketua umum marah sebab kacau periuk nasi china doll

Anonymous said...

kalau siasat isu PATI pun tiada guna juga.Takde tindakan.Yang ada cuma hasil laporan.Kerajaan anjing.
Baik kumpul semua PATI yg dpt IC.Pastu hantar ke kedah.Tempat si diktator tu.Barulah adil.Nak sangat bagi kewarganegaraan/tempat tinggal dekat PATI.
aku doakan mahathir dijilat api di dunia dan akhirat.

Anonymous said...

simple ja yg sukung Projek IC memang org2 Bajau & Brunei kalo teda projek IC mana mungkin org macam Musa Aman jadi KM Sabah - KDM bangun lah kamu