Saturday, August 4, 2012

JANJI ROYALTI!!!Tunggu 6 bulan lagi, jangan harap la kalau BN kekal di Putrayajaya

Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan jawatankuasa khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.

Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.

Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

- Bernama



Walaupun dikhabarkan Najib sudah bersetuju pada dasarnya agar isu royalti minyak membabitkan negeri-negeri di Pantai Timur dikaji, ia sebenarnya muslihat halus untuk meraih sokongam rakyat di saat arus penolakan Umno semakin kuat di seluruh negara.

Setelah gagal berkali-kali dalam usahanya merampas semula Kelantan sejak 1990, tidak dapat tidak pastinya ada muslihat tersembunyi di sebalik persetujuannya menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji struktur pembayaran royalti tertunggak kepada negeri itu yang kini mencecah RM7 bilion.


Paling menghairankan, terma dalam perjanjian Akta Kemajuan Petroleum 1975 yang sudah tersedia nampaknya tidak dirujuk kembali sebaliknya terpaksa menunggu sehingga enam bulan bagi mencari jalan supaya isu tersebut diselesaikan.


Satu tempoh yang cukup lama yang berkemungkinan penyelesaiannya akan terus terkubur apabila rakyat Kelantan kekal memilih PAS dan menolak Umno dalam pilihanraya umum yang dijangka diadakan dalam tempoh dua bulan ini.


Bukti jelas pernah kita lihat apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang diumum dimansuhkan pada Mac lalu masih berkuku sehingga ke hari ini.


Jadi tidak hairanlah janji Najib sendiri di Sabah berkenaan isu pendatang tanpa izin pun tidak akan selesai sampai bila-bila sekiranya kerajaan pusat masih dikuasai mereka.


Nasihat saya, janganlah diyakini cakap-cakap seorang munafik yang hanya tahu berjanji ditepati tetapi akhirnya mengecewakan rakyat Kelantan satu hari nanti.


Nasib dan masa depan rakyat Kelantan bukan hanya terletak kepada isu royalti minyak semata-mata bahkan keengganan Najib memberi kelulusan perlaksanaan hukum hudud di negeri itu yang juga dianggap isu berpakej tertunggak mesti dilaksana sebagai tanda keikhlasannya menyelesaikan masalah di negeri itu yang berpunca daripada tindakan Umno dan Najib sendiri.


Apapun, PAS menyambut baik tindakan Perdana Menteri, Najib menghantar surat meminta wakil kerajaan Kelantan bagi membincang soal royalti minyak.


Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.


Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.


Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.


“Langkah ini dilihat satu usaha Najib mengendur dan membendung kemarahan rakyat kelantan khususnya sehingga langkah ini terpaksa diambil.


"PAS melihat usaha ini terpaksa dilakukan terutama melihat sokongan terhadap royalti kini telah menjadi fenomena umum melampaui negeri Kelantan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.


Tuan Ibrahim berpendapat Najib sedang mencari populariti di saat semakin ramai pegawai kerajaan dan ahli politik yang dahulunya pro-Umno kini secara terang-terangan memberikan sokongan kepada PAS.


Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Pahang itu menasihatkan agar rakyat Kelantan tidak perlu bergembira kerana “sepucuk surat untuk berunding bukanlah jaminan mereka akan dibayar royalti.”


Tuan Ibrahim berkata tuntutan dan program yang telah diatur mesti diteruskan sehingga hak rakyat Kelantan benar-benar dipulangkan.


“Namun, jangan pula ada yang merasa terhutang budi dengan perompak yang memulangkan kembali harta yang dirompak sehingga sanggup memuja perompak pula selepas itu,” kata beliau.


Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dipetik Sinar Harian sebagai berkata PAS tidak masalah untuk berbincang mengenai soal royalti minyak kerana selama ini itulah hasrat untuk membincang secara rasmi.


“Kami sedia dan menerima apabila Perdana Menteri sendiri sudah bersetuju untuk memulakan rundingan, tetapi kalau boleh tiada orang tengah atau sekadar menghantar wakil untuk melakukan perbincangan,” kata beliau.


Salahuddin berkata seharusnya rundingan diadakan di antara Nik Aziz sendiri bersama Perdana Menteri sahaja.


“Saya juga berharap agar persetujuan Najib untuk mengadakan perbincangan ini, bukan bermotifkan politik semata-mata,” ulas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
 
JALAN PULANG 

3 comments:

Anonymous said...

najib sdh gelabah nak alihkan perhatian pakatan yg skrg kat sabah dah semakin kuat..dia tabur janji kat kelantan plak.......dia dah tahu yg kat sabah dah x boleh tabur janji...skrg pusing ke kelantan pulak...hikhikhik...bg rakyat kelantan x payah tunggu najib nak bincang bg...kalahkan je pilihanraya pru ke 13..tawan pusat..ambiklah royalti....ini lg mudah....bincang2 ni susah..tawan je pusat...bravo.

kampong lad said...

j/kuasa khas apa ka jadah nya...bagi saja hak kelantan......awat buat payah

Anonymous said...

Congaknya mudah,Bagi ke tak bagi ke Royalti minyak tu Bn tetap akan kita singkirkan dari Putrajaya....