Wednesday, August 15, 2012

KEBANGAAN UMNO!!! Syarikat Judi terus kukuh, cukai judi semakin meningkat


Industri perjudian makin subur di Malaysia yang mengaku sebuah negara Islam!

Tidak hairanlah apabila diajukan persoalan ke mana wang kutipan cukai hasil daripada industri ini Umno-APCO diam membisu walaupun jelas ia haram digunakan untuk tujuan sumbangan atau kebajikan.


Buktinya, Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business.


Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lepas, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta.


Genting juga mencatatkan imbuhan tertinggi sebanyak RM113 juta hingga RM113.05 juta bagi seorang pengarah tetapi tidak menamakan siapa penamanya.


Eksekutif tertinggi disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Genting, Lim Kok Thay.


Timbalan Pengerusi Genting Bhd yang juga bekas ketua polis negara, Hanif Omar tidak disebutkan berapa imbuhan yang diperolehi, bertepatan dengan kenyataannya bahawa dia tidak pernah menemui sebarang ayat menegah judi dalam Al-Quran pada 2004.


Syarikat kedua terbaik ialah IOI Corporation Bhd, yang membayar lembaga pengarahnya RM60.30 juta, naik 7.1 peratus dari 2010.


Syarikat tersenarai awam membayar imbuhan sebanyak RM56.75 juta hingga RM56.80 juta kepada pengarah berpangkat tertinggi.


"Kami mengandaikan penerima adalah Pengarah IOI Corp dan Pengasasnya Lee Shin Cheng," kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.


Anak syarikat Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar lebih daripada RM48 juta kepada eksekutif tertinggi, menduduki tempat ketiga.


Kaji selidik itu menyatakan bahawa bayaran mungkin telah dibuat kepada orang yang sama, mengambil kira kemungkinan pengiraan dua kali.


Syarikat yang menurunkan imbuhan lembaga pengarah mereka tahun lepas termasuk Berjaya Corporation Bhd, yang membayar RM20.67 juta atau 12.5 peratus kurang kepada anggota lembaga.


Imbuhan tertinggi dibayar kepada seorang pengarah dalam syarikat adalah dalam RM10.35 juta hingga RM10.40 juta, juga lebih rendah daripada RM11.70 juta hingga RM11.75 juta yang dibayar sebelum ini.


CIMB Group Holdings Bhd membayar RM16.49 juta atau 10.9 peratus kurang kepada anggota lembaga tahun lepas.


Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Nazir Razak yang juga adik kepada perdana menteri tahun lepas adalah lebih rendah pada RM8.70 juta berbanding dengan RM12 juta pada 2010.

6 comments:

Anonymous said...

respect, syarikat judi yang paling banyak sekali di malaysia adalah di selangor, di bawah pakatan. dato' hassan ali dulu juga pernah membuat serbuan di pusat judi selangor, tapi diberi amaran oleh pucuk pimpinan pas kerana menimbulkan kemarahan DAP.

Anonymous said...

dekat selangor kalau takde kedai judi dengan rumah urut, kitaorang nak dapat duit daripada mana? nak uruskan air pun kitaorang tak tau. kitaorang uruskan yayasan selangor pun dah nak bankrap. nak harapkan penasihat ekonomi yang kitaorang bayar singgit je tu pun, takut nanti dia bawak china doll banyak-banyak nanti, kitaorang jugak yang susah.

Anonymous said...

alih tajuk pencacai umporno ni

Anonymous said...

ko baca la artikel dulu, banggang punya pencacai balaci umno

Anonymous said...

otak pencacai umno bukan letak kat kepala tapi kat kepala anu dia. yang tau hanya toottttttttt

Anonymous said...

bodoh pencacai umno ni...agak2 la nak serang pun...please matang sikit...suka ke tengok org melayu monopoli arak n judi?nabi x ajar semua ni..