Friday, August 31, 2012

NAJIB TAK BERANI BUBAR PARLIMEN!!! Kehadiran di Stadium Bukit Jalil gagal capai sasaran walaupun kakitangan kerajaan dikerah dan dipaksa


Biarpun sudah berusaha sedaya-upaya memperalatkan kakitangan agensi kerajaan dan badan berkanun sejak kira-kira seminggu lalu, sambutan kemerdekaan ke-55 yang diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi sebenarnya gagal mencapai sasaran.

Penganjur yang mensasarkan sekitar 200,000 orang akan membanjiri stadium tersebut hampa apabila hanya cuma mampu mengumpul kira-kira 30,000 orang sahaja menurut saksi yang hadir di majlis yang bermula jam 8 malam tadi.


Seorang kakitangan kerajaan tetapi enggan namanya disiarkan yang dipaksa hadir ke sambutan tersebut mendakwa masih banyak ruang yang kosong tidak dipenuhi walaupun perdana menteri Najib sudah memulakan ucapannya kira-kira jam 9 malam.


Ada di antaranya, katanya, hanya mundar mandir di sekeliling kawasan stadium selepas diarahkan sebelum itu kerana mereka dipaksa untuk duduk di kerusi penonton dengan tujuan untuk meramaikan bilangan penonton.


Sedangkan katanya sebaik sahaja Najib memulakan ucapan, sudah ramai yang bangun dari tempat duduk masing-masing dan keluar ke anjung belakang walaupun majlis baru sahaja berlangsung.


Menurut gambar yang diambil, jelas tidak ramai penonton yang hadir sebaliknya mereka keluar dan melakukan perkara sendiri kerana kebanyakkannya dikerah atas arahan pegawai atasan mereka yang merekodkan kehadiran mereka seperti yang tersiar di kebanyakkan blog sebelum itu.


Peserta yang ditemui mendakwa menerima RM30 sebagai upah memakai baju yang disediakan, RM50 untuk yang memakai baju dan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan RM80 bagi mereka yang memakai baju-T dan menari di tengah-tengah stadium yang diubah suai menjadi sebuah pentas raksasa.


Najib Altantuya yang tidak berpuas hati dengan jumlah kehadiran tersebut seakan terpekik-pekik setiap kali mengulangi skrip yang sama kunun pencapaiannya sejak mengambil alih tampuk kekuasan dari bekas perdana menteri, Abdullah Badawi pada April 2009.


Walaupun Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim mengumumkan bahawa sasaran Twtup menggunakan hashtag #merdeka55 berjaya melepasi sasaran sejuta dalama tempoh sejam di Twitter, penonton seakan tidak mengendahkan pengumuman tersebut.


Apalah maknanya jika Rais yang menyatakan bahawa sebanyak 3.6 juta tweet dicatat tetapi kehadiran penonton yang dipaksa sebenarnya mengecewakan Umno-APCO yang bertungkus lumus mahu mengambil hati Najib Altantuya yang semakin tidak popular di mata rakyat Malaysia.


Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin juga dikhabarkan tidak gembira dengan kehadiran penonton yang majoritinya kakitangan kerajaan yang dipaksa hadir semata-mata mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Umno-APCO masih relevan menerajui kerajaan.


Beberapa menteri kabinet juga dikatakan tidak berpuas hati dengan sambutan tersebut setelah banyak pengumuman dan hebahan disiarkan menerusi media cetak dan elektronik yang dikuasai mereka.


Pada sebelah paginya, sambutan kemerdekaan yang diadakan di Dataran Merdeka juga suram dengan kehadiran rakyat Malaysia apabila hanya 13,000 orang dilihat berada di dataran bersejarah tersebut walaupun dihadiri Yang di-Pertan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Faja Permaisuri Agong Tuanku Haminah.


JALAN PULANG

11 comments:

anakrajabugis said...

dalam lapuran TV3 masa berita, bila dalam stadium kosong, kata pemberita ada 180.000 org kat luar stadium berbaris nak masuk, tapi samapai najib berucap masih tak penuh juga, TV3 pembohong besar zaman mordern.

suprie08 said...

TV 3/4 NAK BAGI NAJIB DAN ROSMAH SYOK SENDIRI...KAHKAHKAH....

Anonymous said...

Satu je gambar bro? Mcm tak berani letak gambar multiple view je. Gambar luar dwn pun takde. Musykil jugak aku.

Anonymous said...

Sebangsa, senegara, sejiwa. Lupa nak letak sehotel, sebilik, sekatil bagi menggambarkan nafsu buas pemimpin pakatan.

Anonymous said...

Gambar burung mana bro? Burung melambangkan 'burung' pakatan terbang tinggi mencari mangsa, tak kira dpn atau belakang.

Anonymous said...

Logo kemerdekaan pakatan tahun ni lambang burung, apa kata tahun depan lambang biawak pulak. Sbb pemimpin pakatan lidah mcm biawak.

Anonymous said...

Mcm nilah, tak payah pening kepala. Thn dpn pas guna lambang keldai sbb bodo, dap guna lambang ular sbb suka belit dan pkr guna lambang biawak sbb suka menipu. Amacam, bernas tak idea aku?

Anonymous said...

Aku takut betul smlm. Ada bas, bwk bendera biru ada lambang mata satu. Yg aku tau lambang mata satu ni lambang dajal. Org dkt dlm bas tu terjerit2 mcm org giler. Dah lama tak balun china doll kot.

Anonymous said...

Bn/Umno guna logo anjing.... Sebab org2umo banyan yg Jadi anjing suruhan je...

Anonymous said...

anjing umporno sekor je yang mai komen banyak2. kononnye ramai la, piiiiirah dasar setan umporno

Anonymous said...

Memang pencacai yg sama jer tuh!! Nak padankan dgn upah RM20 kena la reply byk2 skit… nnt kena marah ngan syaitan dikenali…😝