Saturday, August 18, 2012

PARIT BUNTAR!!!!PAS Parit Buntar rai pesakit hospital sempena Ramadhan





PARIT BUNTAR, 16 Ogos : PAS Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini.

Rombongan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Haji Harun Hashim bersama Pesuruhjaya PAS Perak  yang juga bakal calon Dun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin  dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa

 
Rombongan PAS Parit Buntar turut disertai isteri ketiga-tiga pemimpin PAS berkenaan, Ajk PAS Parit Buntar, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Unit Amal dan Nisa 
 
Pengerusi Ehya Ramadan Ahmad Azhar Sharin berkata, kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita. 
 
"program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini.
 
"Sumbangan diagih-agihkan kepada lebih 60 pesakit wad dewasa dan kanak-kanak ” Katanya  
 
Menurut Ahmad Azhar , rombongan PAS Kawasan telah disambut meriah oleh kakitangan hospital yang sudah sedia menunggu.

"Kerjasama yang baik telah ditunjukkan oleh kakitangan hospital semasa membawa ahli rombongan melawat pesakit. 
 
" Kakitangan hospital yang bertugas juga diberikan hamper sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka" katanya
 
Ahmad Azhar mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan hospital yang memberi layanan dan kerjasama yang baik kepada rombangan PAS Kawasan Parit Buntar.

Turut hadir pada majlis sumbangan ini ialah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari bersama isteri.






No comments: