Wednesday, August 22, 2012

PR TAWAN PUTRAJAYA!!! Melayu takkan hilang kuasa malah bertambah kuat

PUCHONG 21 Ogos: Dominasi kerusi di dalam Parlimen dan di dalam pengurusan syarikat strategik seperti Petronas dan Sime Darby adalah antara bukti yang Melayu akan terus memegang tampuk pemerintahan negara walaupun Umno kalah.
 
Aktivis gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU), Al-Jafree Md Yusop menegaskan, momokan orang Melayu akan kehilangan kuasa sering digunakan Umno untuk menakutkan rakyat.

 
Ini bagi membolehkan Umno terus berkuasa dan memburukkan parti lain kononnya status dan masa depan orang Melayu sedang terancam.
Mengikut statistik, hampir 80 peratus daripada kerusi 222 Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri dikuasai oleh wakil rakyat Melayu.

 
Ini termasuk dua jawatan utama negara, Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri, kata Al-Jafree.

 
Sebaliknya, jika Melayu sekarang lemah, bererti Umno gagal dalam membangunkan Melayu selama 55 tahun pemerintahannya.

“Kalau betul Melayu lemah maknanya teruklah Umno sebab secara jelas kuasa di tangan mereka.

 
“Ini bukan salah pembangkang, tapi salah mereka kerana mereka yang memerintah,” katanya dalam program wawancara Terus Terang terbitan TV Selangor.

 
Bagi aktivis ABU, Haris Ibrahim, sasaran serangan ditujukan kepada Umno dan bukannya Barisan Nasional (BN) kerana Umno merupakan parti dominan dalam gabungan berkenaan.

 
Katanya lagi, dengan melumpuhkan Umno, maka BN akan ditumbangkan.

 
ABU dilancarkan pada 15 Disember 2011 dengan memberi fokus terhadap empat kepincangan pemerintahan Umno-BN iaitu kenaikan harga barang, undang-undang zalim, politik perkauman dan pembinaan loji nadir bumi Lynas.

12 comments:

Anonymous said...

sangat bersetuju. bukan setakat dominasi melayu, tapi dominasi lesbian biseksual gay transeksual pun akan bertaMbah kuat.

Anonymous said...

dominasi tokey rumah urut pun akan bertambah kuat.

Anonymous said...

kuasa melayu kelantan pun akan bertambah kuat setelah minum air karat jenama tok guru.

Anonymous said...

kalau nak kuasa melayu bertambah kuat, hendaklah makan aiskrim dalam tandas macam yang diamalkan oleh azmin si anak derhaka tu.

Anonymous said...

Anon 02:30, bertaubatlah...

Anonymous said...

Astaghfirullah Al-Azim, teruknya perangai...

Anonymous said...

Nauzubillah... Jauhkanlah anak-anakku dari perangai dari perangai org yg tak beragama mcm ni...

Anonymous said...

Allahu Akbar ... Inilah perangai org yg jauh drpd rahmat Allah ...

Anonymous said...

Lgbt / kes buang bayi / pusat maksiat / remaja murtad pun berkembang kat malaysia masa umporno memerintah. anon 02:30, melayu umporno yg mendominasi mende2 haram jadah ni - ABU

Anonymous said...

ramadhan tidak mentarbiah anon 2:30-05:04

jika puasanya diterima..tidak akan dia berkata bahasa sedemikian rupa...dapatlah dia lapar dan dahaga..

Anonymous said...

Ramadhan berjaya mentarbiah org pas menyokong khalifah karpal menolak hudud dan menentang ustaz nasha yg memperjuangkan islam.

Takebeer!

Anonymous said...

anon lembu Umno adalah orang yang sama. hadapi masalah celaru otak, dalam proses sakit mental.