Tuesday, August 28, 2012

SARANAN DR HARUN DIN!!! Tun Mahathir harus bertaubat kerana kenyataan rosak akidah


Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad harus bertaubat kerana mengeluarkan kenyataan yang merosakkan akidah dirinya dan umat yang percaya kepada kata-katanya.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din berkata, tulisan Dr Mahathir dalam blognya berbunyi Better the devil you know than the angel you don’t yang membawa maksud  lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak dikenali’ adalah pegangan yang silap.


Menurutnya, tiada istilah atau ayat di dalam al-Quran yang menjelaskan malaikat lebih buruk berbanding dengan syaitan.


“Malaikat adalah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada ALLAH dan melakukan apa sahaja yang diperintahkan. Kenyataan (Dr Mahathir) itu seolah-olah ada malaikat yang lebih teruk daripada syaitan.


“Oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia boleh merosakkan akidah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Katanya, kenyataan Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk ALLAH yang paling kejam dan derhaka.


Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.


“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.


"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.


“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.


Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihanraya akan datang.


Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.


"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan begitu", katanya.


Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.


“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah ALLAH,” katanya.


Pada 22 Ogos lalu, dalam entri blog Dr Mahathir di
chedet.cc/blog/ bertajuk ‘Change’ atau ‘berubah’ ada menyebut ‘lebih baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali’ yang menggesa pembaca supaya tidak menyokong Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, yang disifatkannya sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Pada sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya baru-baru ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata, syaitan yang dimaksudkannya dalam blog itu merujuk kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

15 comments:

tungkaran hati said...

http://youtu.be/WpzlCWRfhtk

Anonymous said...

dari sudut lain cedet telah mendedahkan cara berfikirnya selama ini

pandangan dunianya masih pandangan hidup barat walaupun dia selalu memperlihatkan sikap anti barat dalam sesetengah isu

sikit un tak dak upgrade daripada masa muda-muda dulu

Anonymous said...

Semua penyokong BN seharusnya berbangga kerana bekas presiden parti yang anda sayangi menyamakan parti anda dengan syaitan...AYUH BERGEMBIRA LALALALA

Anonymous said...

kita jangan terus menyokong kenyataan harun din, tapi hendaklah menunggu kenyataan daripada tok guru. sebab kenyataan tok guru yang paling maksum. ingat tak dulu harun din pernah dimarahi tok guru kerana mengatakan membenarkan kafir menggunakan perkataan 'Allah' boleh membawa kepada kekufuran. lepas tu, dia dimarahi oleh tok guru dan tok guru terus mengeluarkan kenyataan boleh kafir menggunakan perkataan 'Allah' bagi menggantikan 'tuhan bapa'.

Anonymous said...

aku rasa lepas ni harun din akan dimarahi oleh tok guru, dan dia akan menarik balik kenyataan nya. tok guru mesti tak senang hati, sebab dulu dia pernah cakap syaitan ialah kawan pas. berkawan dengan syaitan takpe untuk menjatuhkan umno

Anonymous said...

harun din mestilah berhati-hati. tok guru dulu pernah menggulingkan ustaz asri muda daripada jawatan presiden pas kerana berusaha kepada perpaduan dengan umno. kenyataan yang harun din keluarkan adalah bertentangan dengan kenyataan tok guru dulu. kalau tok guru tak puas hati, harun din pun akan mendapat nasib yang sama.

Anonymous said...

tok guru adalah pemimpin diktator yang berkuasa paling lama di dunia. dulu ustaz asri muda telah ditikam belakang oleh tok guru. tanyalah mana-mana pemimpin pas yang sezaman dengannya tentang apa yang berlaku. ustaz asri muda telah dikhianati oleh sahabatnya sendiri.aku rasa sekarang ni ustaz nasha pulak akan menerima nasib yang sama

Anti Anonymous said...

Komen-komen yang tiga sebelum ni confirm komen pencacai UMNO

Anonymous said...

komen anon 2 08 -2 18 penuh dgn kebenaran yg sukar diterima oleh kami ahli pas.

Anonymous said...

Kalau dah tua..eloklah banyak bertaubat... jangan jadi penyokong setan...

hamba said...

ya Allah.. komen merapu2.. bawa2 mengucap sedara kalau sedara islam.

Anonymous said...

pencacai umporno or PR jgn dilayan Tun yg tua ni ape diucapkan tak releven lagi dgn politik baru di Malaysia... pergi jahanam lah dgn nya....

Anonymous said...

sekarang pas bergembiralah dengan kenyataan izzah

Anonymous said...

ya bergembira kerana utusan umporno putar belit

Nazri Mohamad said...

"Better the devil you know, than the angel you don't know" ialah peribahasa Bahasa Inggeris yang membawa maksud,

"Adalah lebih baik menghampiri mereka2 yang jahat, daripada mendekati mereka2 yang pada zahirnya baik (tetapi kita tidak tahu kemungkinan buruknya.)"

Sesiapa yang mengetahui Bahasa Inggeris tidak akan tersalah maklum akan makna sebenarnya peribahasa di atas.

Saya agak terkilan dengan Datuk Harun Din yang membuat komen bahawa penggunaan peribahasa tersebut boleh merosakkan akidah.

Jika alasan yang diberikan Datuk Harun Din benar, kesimpulan boleh dibuat bahawa PAS bersekongkol dengan DAP boleh merosakkan akidah. Tun Mahathir hanya menggunakan peribahasa, tetapi tindakan PAS adalah satu perbuatan.

Sudah pastinya, kita tidak menyatakan tindakan PAS merosakkan akidah.