Monday, August 20, 2012

TAK PERCAYA!!! Ini bukti golongan belia sokong kepimpinan Najib?


BIAR GAMBAR BERBICARA SENDIRI.


PUTRAJAYA, 20 Ogos — Majoriti rakyat menerima dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan konsep 1Malaysia secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K. Devamany.

Lebih membanggakan, katanya golongan belia yang merupakan kumpulan demografi terbesar dalam menentukan hala tuju dan masa depan negara, begitu yakin dengan corak kepimpinan, keupayaan, prestasi dan pendekatan Najib yang lebih terbuka serta telus.


Katanya majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan Perdana Menteri dan

menteri Kabinet semalam yang dihadiri kira-kira 100,000 pengunjung, merupakan bukti sokongan rakyat negara ini terhadap kepimpinan Najib.

Pelbagai lapisan masyarakat bukan sahaja dari sekitar Lembah Klang, bahkan

dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Pahang dan Johor datang bersama keluarga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sokongan mereka terhadap perdana menteri, katanya.

“Saya juga sempat berbual dengan golongan belia yang hadir semalam,” kata Devamany kepada Bernama di sini hari ini. “Mereka begitu yakin dengan kepimpinan dan usaha transformasi yang sedang dilakukan Najib.


Mereka puji Najib sebagai Bapa 1Malaysia, Bapa Transformasi Negara.”

Devamany berkata golongan belia juga memuji sikap dan pendekatan Najib yang sedia mendengar pandangan, idea serta teguran daripada semua lapisan rakyat di negara ini dalam usaha memperbaiki kelemahan sedia ada.

“Kebanyakan belia yang saya temui berkata Najib adalah contoh ikutan mereka,” katanya. “Beliau (Najib) adalah Perdana Menteri yang paling mudah untuk didekati sama ada melalui Facebook, Twitter, blog mahupun secara peribadi serta menyalurkan isi hati mereka.” —
Bernama

DEMI MENJIMATKAN NAFAS AGAR TIDAK MEMBAZIR,  MAKA BIARKAN SAJA GAMBAR BERBICARA SAMADA PARA PEMIMPIN BN BERPIJAK DIBUMI NYATA ATAU KHAYAL DILAMBUNG  BODEK AMPU.
OMAK KAU

5 comments:

Anonymous said...

belia lingkungan umur berapa ya, adakah dari 10 ke 60, x faham aku?

Amuraria said...

ini semua lmbu menjelma jadi belia ! dapat t shirt free sudaa ! alahai malaysia ,ABU !

monatci said...

Ha..ha..namakan rumah terbuka...open untuk semua..mkn free dapat duit raya pula tu....siapa yg tak hendak...lagi pun bukan PM dan jemaah menteri keluarkan duit..itu semua duit rakyat ....so kalau setakat rumah terbuka menunjukan data yg rakyat sokong pm itu kenyataan yg dangkal...

mosabit said...

kata ahli umnok ada 3 jutaaaa...apasal 100 000 jer yg hadir???...

kah kah kah kah kah kah kah kah .....

XUMNO said...

Penyokong yang gambar teratas tu memang muda belia; gigi pun belum tumbuh. Umur pulak baru 28 tahun (terbalik).