Thursday, September 6, 2012

AKHIRNYA!!! Wakil Rakyat UMNO sendiri mengaku bahawa anak muda tolak BN

KANGAR- Wakil penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis mengakui bahawa kecenderungan sokongan golongan muda kepada parti pemerintah kini semakin menurun.

Berucap pada Sidang DUN pagi tadi, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada masa depan orang-orang muda.


"Orang muda ni nak kena jaga mereka, kena cari peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini. Mereka sekarang ini dilihat sudah tidak menyokong kita," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis yang merasmikan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-12 semalam.

Dalam ucapannya juga, selaku seorang wakil rakyat Khairi juga mengakui isu-isu seperti Altantuya atau isu liwat kini sudah tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat khususnya di peringka bawahan.


"Rakyat sekarang ni mahu kerajaan lebih memberi perhatian kepada nasib mereka. Isu-isu macam ni hanya sebahagian masyarakat kelas pertengahan sahaja yang ambil tahu.


"Masyarakat bawahan pula dah meluat dengan benda-benda macam ni. Kita wakil rakyat tak kira Umno atau PAS kena ambil tanggungjawab membantu rakyat dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan," jelasnya.

4 comments:

Unknown said...

jabatan kerajaan nak bantu macam mana? kerja kerajaan dah penuh. BN gagal dapatkan tarik pelabur baru untuk tambah peluang pekerjaan.

Amuraria said...

LAGI SATU MEMANG PUN DAH LAMA JABATAN-JABATAN KERAJAAN DOK BANTU SAMPAI SEMUA HABIS DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN KEPARAT UMNO-APCO ! TU TAK KIRA YANG KENA PAKSA IKUT PERINTAH PASAL UMNO-APCO YANG BAGI 'REJEKI' HAHAHA ! ABU !

Unknown said...

Perlis negeri kechik pun hanpa x boleh nak jaga..

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

TUNGGU SAMAN DARIPADA SABAH...