Saturday, September 1, 2012

KANTOI!!!! Tweet Hantu pecahkan rekod Malaysia Book of Records

KUALA LUMPUR Dua rekod bagi kategori tweet terbanyak dan perhimpunan pengguna tweet terbesar dicatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 yang ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi. 
 
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sebanyak 3,611,323 juta tweet dicatat dalam masa sejam kepada akaun perdana menteri, @NajibRazak seluruh negara yang mengandungi pelbagai mesej kemerdekaan.
 
"Satu lagi rekod adalah kira-kira 10,128 orang telah menghantar tweet di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil dengan menggunakan #Merdeka55 pada satu-satu masa,” katanya.


Rais, yang juga Pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, berkata demikian semasa mengumumkan rekod itu pada Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati sempena Hari Kemerdekaan negara di stadium itu malam tadi.
 
Beliau berkata pihak MBOR akan menyampaikan sijil rekod itu kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Malaysia di Sarawak pada 16 Sept ini.
 
Tweet sempena Merdeka adalah antara program semasa Himpunan Merdeka 55: Janji Ditepati, yang bertujuan memecah rekod dunia sebagai perhimpunan pengguna Twitter terbesar dunia dengan catatan 10,000 pengguna Twitter.
— BERNAMA 

KANTOI !!! RUPANYA BUKAN SAHAJA PENGUNDI HANTU, TWEET PUN HANTU JUGA. DASAR UMNO PENIPU.....




Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.


Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.


Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.


TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.


"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.


Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.


Laporan
Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di

dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu.
 

6 comments:

Anonymous said...

Dkt sini artikel kurang berkualitilah. Cuba ko citer sikit pasal pemimpin pakatan yg sumbang mahram dgn anak sendiri tu. Pakatan ni jenis pemimpin haruan makan anak ke? Rakyat nak tau jugak!

Anonymous said...

Anon 1 Sept, 2012 03:17

Ko ni ketinggalan sungguh! Semua org dah tau pemimpin tu BUKAN daripada Pakatan Rakyat tapi dari parti KITA. Beliau pun dah keluarkan kenyataan akan menyaman media2 yg siarkan nama beliau sebab siasatan masih belum selesai (kebanyakannya media cai aka pengampu yg ko jadikan rujukan)

Tu la baca semua media2 pengampu dan penjilat mcm ko jugak!!! Kan dah ktetinggalan zaman… BEBAL LA KO NI!!!

Bdw, berapa ek upah ko jadi pencacai syaitan dikenali?? Ader dapat RM20? Ke kurang lagi?

Anonymous said...

Cai umnonok mane ade rega & harga diri

Anonymous said...

RM20 besar tu nilainya pada pencacai Umngok…

Anonymous said...

wahai Anon 03:17...selidik dulu bro apa-apa berita...jangan tahu bantai jer...kalaupun sayang kat BN dan benci pembangkang...bagi la komen yang terkini dan cerdik

Anonymous said...

Annoy 3:17, IQ saaaaaaangat lemah!