Sunday, September 30, 2012

SPR BALACI UMNO!!! Warga asing beli kad pengenalan palsu boleh mengundi




Kenyataan Media
1 Oktober 2012

Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.

Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. 

Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. 

Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. 

Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?

Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. 

Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?

Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.

Barisan Nasional sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa kali ditangguh. Barisan Nasional kini ditolak oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah kepada seluruh rakyat negara ini. Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.

SAMM sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual sehabisnya. Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum parlimen dibubar. 

SAMM memanggil semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 5.0. Selagi pilihanraya tidak bersih, selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak disangkal sebagai bukti.

"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu"


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com

8 comments:

Anonymous said...

Betul la dah check kat semakan daftar pengundi memang ada nama mamat filipin nie dalan daftar SPR. Macamana IC yang dibeli pun boleh daftar dengan SPR? IC beli pun dah berdaftar dengan JPN juga ke?

KES PARAH DAH MALAYSIA NIE NTAH BERAPA RATUS RIBU LAGI LA MACAM NIE YE.

SIAPA SEBENARNYA YANG MENGGADAI NEGARA NIE???

Anonymous said...

Mampus kerah la kalu mace tu gok...

Anonymous said...

Dah bertahun-tahun aku undi pas, tapi tahun ni jangan haraplah. Lps pas gadai matlamat negara Islam utk mendapat keredhaan dap, mata aku dah terbukak dah. Jom ahli pas, kita sabotaj parti kita sendiri. Niat kita baik untuk memberi kesedaran kpd pimpinan saf depan agar mendengar suara dari akar umbi.

'Takbir!'

Anonymous said...

Wahai Tropper AwwwwwNooo!!!
Lu sokong PAS ..Allah hanya pilih orang tertentu untuk sokong PAS(Islam)... bukan orang macam lu...
Lu boleh buat kajian sejak 54 tahun ... mana ada orang PAS yang paham perjuangan PAS akan belot...
PAS belum tukar perlembagaan...
Kalau ada yang belot tu memang golongan Munafik yang sembahyang dibelakang Rasullullah tapi nak bunuh nabi...lu cakap apa kalau lu x sokong PAS so lu sokong UBN la...lagi bahlol buta mata ...buta hati...buta fakta...

Anonymous said...

"Dh bertahun undi pas" tu, sbnrnya bkn pyokong pas.....kenal sgt...hehehe

Anonymous said...

Alah.. Kita sabotaj pas tahun ni je, lps pemimpin pas dah sedar, PRU seterusnya kita undi pas balik. Apa susah.

Anonymous said...

ishh xkan nak sabotaj pas...kita sabotaj umno dulu. Pasal dah lama duduk tempat tinggi,korup dan semua kroni abis kaya belaka dgn duit haramjadah mereka. Klu pas pulak xbetul, pilihanraya seterusnya baru sabotaj pas..hahhah...betul x anan 23:47?

Anonymous said...

Kau org semua nak boikot PAS, kemudian sokong BN??? yang dah tahu semua BN adalah penkhianat negara???? BN lebih teruk dari peng hisap dadah yang merengkot dalam penjara... Penkhianat yang memang makan tahi kau nak buat jd ketua???