Sunday, September 9, 2012

UST. NASHARUDIN!!! Dipecat Utusan, kekal bersama PAS

Nasha punya hal......kenapa ameno yang gelabah beruk?

Bagi PAS Nasha melonjakkan dirinya menjadi bola tanggung dibirai jaring......pihak lawan hanya perlu mengilas atau mengetuk dengan raket.....tapi sejarah membuktikan ramai pemain ternama terperangkap apabila tersalah kilas, bola tersangkut jaring.

Apa untungnya ameno jika Nasha kekal di dalam PAS atau ter'keluar' dari PAS?

Dan apa ruginya ameno jika Nasha masih kekal dalam PAS atau ter'keluar dari PAS?

Bagi PAS, dalam keadaan apa jua.....perjuangan tetap diteruskan......sejarah telah membuktikan apabila Asri dan Nakhaie ber'talak-tiga' dengan PAS......PAS tidak menoleh ke belakang.
 
Ust Nasharudin kekal Ahli Majlis Syura
 
Majlis Syura Ulamak Pas yang telah bersidang kira-kira jam 9:20 minit malam tadi telah pun selesai mesyuarat. Mesyuarat yang ditunggu-tunggu kerana ia dikatakan membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak memberi sebarang kejutan.

Nasharudin hadir di majlis berkenaan dan tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Nasharudin masih seorang anggota majlis yura. Keputusan ini sesuatu yang bijak dan ia tentulah mengecewakan pihak-pihak yang mahu melihat Pas berkecamukkan sesama sendiri menerusi isu Nasharudin ini.


Pihak musuh Pas yang kian naif dan miskin isu menanti untuk menjaja isu Nasharudin kononnya dipecat oleh Pas. Atas keputusan bijak dan matang malam ini diucapkan berbanyak terima kasih. Tentu semua ahli Pas baik yang sayang kepada Nasharudin atau yang terkilan akan dapat tidur dengan nyenyak dan bermimpi indah UBN akan tumbang.


Kepada Nasharudin semoga selepas ini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan atau memperagakan diri agar tidak menjadi isu.
 

7 comments:

Anonymous said...

biar UMNO/BN giler kuasa tu meroyan...sbb bola tanggung yg diberi PAS tersangkut bila dismash balik....hihihihihihi

Anonymous said...

Alhamdulillah. Ustaz nasha blh meneruskan perjuangan menentang golongan sekular dlm pas yg menolak hudud dan negara Islam. Mari kita semua berdiri teguh dibelakang ustaz nasha

Anonymous said...

Satu stratergi yg baik. Memecat ust nasha skrg hanya akan membawa kerugian kpd pas, krn pengaruh beliau yg disokong kuat oleh ulamak dan ahli sunnah. Kita hanya perlu menyingkirkan ust nasha secara perlahan-lahan, dan memecatnya slps pilihanraya.

Anonymous said...

Ust nasha umpama barah dlm pas. Dahulu dia menyatakan sokongan kod dato hassan ali. Lps tu dia menentang arahan karpal yg menyuruh pas jgn melaksanakan hudud. Baru2 ni dia berjumpa dgn najib di mekah berbincang pasal perpaduan ummat islam. Last sekali dia sanggup duduk berbincang dgn ulama muda umno, walaupun dihalang oleh tok guru. Aku harap dap dpt memberi tekanan kepada pas utk memecat beliau.

'Takbir!'

tungkaran hati said...

Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dikekal dalam PAS. tetapi suaranya(pandangan Ulama) tidak akan didengari sebaliknya cakap dan arahan DAP akan dituruti...

Anonymous said...

Kami plg tak suka kalau bercakap pasal isu ust nasha. Sbb kalau menyokong ustaz nasha menyatupadukan ummat Islam dan mempertikaikan arahan karpal menolak hudud, akan mendapat kemurkaan tok guru. Tp kalau menentang usaha ust nasha, akan mendapat kemurkaan Allah. So, kami nak ikut siapa?

Anonymous said...

puak2 pencacai umporno yang meroyan kat sini sbb Ust Nasha tak dipecat.

jaga umporno tu dulu sebelum nak komen pasal Pas