Saturday, October 27, 2012

DAH TERDESAK!!! Tajuddin Abdul Rahman minta tolong Pekida ?

Berita bahawa dato’ Tajuddin Abdul Rahman bukan lagi merupakan calun pilihan utama untuk pilihanraya ke 13 bukan lagi rahsia, menyebabkan beliau tidak lena dan tidak berdiam diri. Berdiam diri berarti bakal kecundang. 

Dato Tajuddin telah menyusun strateginya bagi mengukuhkan sokongan agar beliau tetap menjadi calon dalam PRU 13. Zainol Fadzi tidak harus diberikan peluang menjadi YB. Boleh baca di yong suka kuning dan di muslimeen united.

Umumnya orang pengundi Parlimen Pasir Salak mengetahui bahawa DatoTajuddin Abdul Rahman merupakan penaung kepada PEKIDA Daerah Kampung Gajah. Kelebihan ini telah cuba digunakan untuk menguatkan kedudukan politiknya. Zainol Fadzi harus dihalang dari menjadi calon.



Justru itu, pada 19 Oktober 2012 baru-baru ini telah diadakan program Malam Jalinan Mesra Pekida Kg. Gajah di simpang tiga Ulu Dedap. Diadakanlah majlis secara besar-besaran. Disembelih lembu, ditanak nasi dan dijemput seberapa ramai ahli pekida dan juga ayahanda-ayahanda pekida dalam negeri Perak untuk turut bertamu.

Secara tidak langsung Dato Tajuddin Abdul Rahman mungkin ingin menunjukkan kepada pimpinan umno bahawa beliau sebenarnya mempunyai ramai pendokong dan penyokong. Maksudnya, PEKIDA cuba diperalatkan sebagai menyokong beliau.

Dato Tajuddin Abdul Rahman sendiri tahu, bahawa pekida tidak bertunjang kepada mana-mana parti politik. Perjuangan pekida merentasi politik. Politik kepada ahli pekida hanyalah merupakan pilihan individu, bukannya perjuangan organisasi yang boleh ditunggangi oleh seperti di zaman Dato Dr. Hj. Mohd Fuad dimana akhirnya ia telah merosakkan organisasi PEKIDA di peringkat Induk. Pihak-pihak yang berkepentingan akhirnya melarikan diri setelah mendapat apa yang dikecapi.

Akhirnya, tinggallah Haji Jamaluddin Yusof yg masih gigih dengan perjuangandan berjaya mengukuhkan kembali pekida. Dan kepada Haji Jamaluddin Yusof, berhati-hatilah kepada pihak yang berkepentingan. Akhirnya akan berlakulah, habis madu sepah dibuang.

Oleh itu sekali lagi dimaklumkan kepada Dato Tajuddin Abdul Rahman, ahli PEKIDA bebas memilih dan mengundi sesiapa saja dalam pilihan raya.

http://rojakpasembor.blogspot.com/2012/10/dato-tajuddin-guna-pekida-di-pasir-salak.html


2 comments:

Anonymous said...

Ahli pekida mungkin akan dtg majlis2 pekida..tp x boleh paksa diorang undi sapa2 yg diorang x suka.. so, jgn nak campuradukkan perjuangan pekida dgn politik kotor umno..tq

Anonymous said...

Apa yang disusahkahn Tajuddin aka Six Million Dollar Man. Sonang ajo hang pergi jilat jubok Bik mama sampai dia terkuluak ayak. Gerenti dapat punya.Itu lah dia standard awak Tajuddin Rahman.