Wednesday, October 24, 2012

DAP SURUH MCA HINA ISLAM!!! Yang bagi komen bangang, yang percaya pun bangang

http://1.bp.blogspot.com/-vs284sIYbrs/TyEiB_iaJZI/AAAAAAAAY44/hkMHV0nFuFM/s1600/Hassan%2BAli.jpgBacalah komen manusia hipokrit dan suka mencelah tengah dan mengambil kesempatan ini.

Ianya merupakan satu teori mengarut dan bertujuan untuk melumpuhkan kekuatan PR dan menghilang sokongan Melayu kepada DAP dan PR.

Teori ini diguna kan bagi menutup kesilapan dan ketidak mampuan Umno menangani keceluparan dan kebiadapan Chua Soi Lek dan Senator Eng Sai Kee dalam isu hudud serta TGNA.

Umno pasti kecundang dalam isu ini dan menyedari hal tersebut simamat ini digunakan oleh umno untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan orang Melayu dengan harapan Melayu akan kembali bersatu dengan teori "bodoh dan tak masuk akal dari Presiden Jati ini.

Hassan Ali dalam isu hanya menjadi "budak suruhan Umno" 

Bagi sesetengah orang melayu teori ini memang logik bagi mereka.

Adalah menjadi tanggung jawab bagi semua jentera parti untuk memberi penerangan kepada rakyat jelata tentang pembohongan Hassan Ali ini yang selepas ini pasti mendapat sokongan kuat dari media arus perdana umno.

PAS Kota Raja mengambil langkah awal dengan membawa penceramah DAP kekawasan Melayu bagi menafikan teori Umno ini di Ceramah di Jalan Kebun semalam.

Malaysikini melapurkan Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. 

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

 "Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini. 

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud. Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13. 

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini. 

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS. 

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu. 

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam. 

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya. 

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini. 

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya. 

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat? 

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak? 

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.Parlimen Kota Raja

13 comments:

Anonymous said...

"katak sejati bangang style"......

Anonymous said...

hati kecil ku berbisik kata... Ha...ha...ha... Puitis sungguh.. Dpt wahyu kot?

Tajul Muluk said...

Hassan ni tinggi ilmunya dan mempunyai "ma'unah" yang hebat. Dia boleh tahu isi hati orang lain dan perkara tersembunyi. Agaknya dia tahu juga harga dan warna "seluar dalam" Rosmah.
Orang bila dah tak laku bermacam cara nak menonjolkan diri sehingga sanggup melanggar hukum agama. Kasihan Ali bapaknya kerana mempunyai anak bersifat "MUNAFIK".

Signal On said...

Pesanan Segera Drp Anak Muda Kepada HASSAN ALI....
Agar Berpijak Di Bumi Realiti... Kini Dan Terkini....
Minda Rakyat Bersama PR Sukar Dijajah Jauh Sekali Berubah Hati....
Dgn Kemomokan Hujah Atau Tesis Palsu Bermotifkan Gila Kuasa Utk Kepentingan Diri...

Intonasi Era Kini Rakyat Semakin Pintar Bijak Bistari...
Janganlah Tuan Hassan Ali Ingat Mudah Utk Rakyat Dibodohi...
Rakyat Mudah Terkesan Dgn Kenyanyukkan Tesis Palsu Si Hassan Ali...
Tahap Kenyanyukkannya Amat Ketara, Nyata Lagi Melampaui...
Kenyanyukkan Hassan Ali Melebihi Kenyayukkan DR M Pencinta Tegar Syaitan Yg Di Kenali....

Take Note !!! : Mung Ning Ore Ke Plastik... Sampai Tak Tahu Arah Tuju Perjuangan Diri... Mmg Sah Kamu Ni Jenis Spesis Parasit... Jenis Parasit Yg Sanggup Buat Aapa Saja Agar Tercapai Hasrat Gilo Kuasa Di Hati...

[ Istihar Jihad Kpd Rejim BN/ Bapok Nipu ] ... ALLAHU AKBAR !!!

Anonymous said...

Kuatlan semangat dato hassan ali. Hendak mendidik ahli pas yg terlalu taksub dgn dap mmg sangat susah. Bacalah komen2 diatas, yg penuh dgn maki hamun, mengeji dan cerca apabila dap dikritik.

Anonymous said...

tu dia sekor beruk umno dah mari komen. berjumpa juga kita dengan manusia beruk bangang. ingatkan tak ada rupanya ada yang bangang percaya kepada komen yang bangang

Anonymous said...

kenapa ahli pas yang komen disini, nak tanya sikit, kenapa korang semua sanggup menghina, mencerca dan mengeji ustaz hassan ali, bekas ahli pas yang dahulu bersama-sama dengan kamu di dalam parti semata-mata untuk mempertahankan dap? walaupun ustaz hassan ali sudah dipecat daripada parti, tapi beliau masih lagi saudara seIslam yang menyembah Allah.

Anonymous said...

kenapa bila dap dikritik, orang pas akan bermati-matian pertahankan dap, sampai sanggup menghina dan mengeji, tapi bila pas dikritik, dap tidak membuat perkara yang sama?

pemikiran mesti terbuka. korang pergilah blog dap, korang akan tahu aku berkata benar

Anonymous said...

Pencacai yg sama: beruk umngok
Modal yang sama: kononnya pas dah lupa perjuangan
Modus operandi yg sama: masuk sbg anon pastu tukar nama2 lain bila org jerkah
MMG DASAR SYAITAN

Anonymous said...

dasar setan beruk umno yang bangang

Anonymous said...

tinggi ilmu.?
pandai cakap...?
ahli fikir...?

Woi.. apa susah sangat ke nak buat analisa dan perbandingan (fakta) antara AwwwNoo dg PAS,mana yang lebih sesuai untuk orang melayu dan islam.... agama,bangsa dan negara akan jadi jauh lebih baik jika AwwwNoo dibubar dan masuk Pas... tak payah tunggu 56 tahun ..InsyAllah dalam 10 tahun kita akan dapati satu perubahan yang terbaik untuk rakyat... kalau tak percaya tanyalah orang2 AwwNoo sendiri,tapi jawab secara Ikhlas
dan Jujur lah... apa lagi kalau ditanya pada ABU...

Anonymous said...

memanglah pas lebih baik kalau nak diikutkan fakta. pas ada pemimpin yang paling tua dan pegang jawatan paling lama dalam sejarah, umno takde. keturunan tok guru, nik abduh mendakwa menerima wahyu Allah menyuruh pas merampas putrajaya, umno takde kebolehan tu. timb presiden pas balun bini member sendiri, umno takde nafsu sekuat tu.

pas ni memang lebih baik dari berbagai-bagai aspek

Anonymous said...

wak hassan...cari publisiti dari bisikan hati nya.....
udah lah wakkkk....ramai yg menyampah dengan ko ni....senang cerita ko sokong je lah Bn.ko betulkan sikit umno tu.....tak payah nak komen pasal pakatan rakyat...