Saturday, October 13, 2012

KASIHAN HASAN ALI!!! Tiada siapa nak layan, dia bukan ahli PAS

http://1.bp.blogspot.com/-uA56B91q4rs/TvoOcq3fs2I/AAAAAAAAJbQ/ieWqAiuEN1M/s400/396471_295886700454670_194859923890682_866905_1839738226_n.jpgSHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Menurut Harun, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.


“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.


Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.


Hasan juga berkata, Nik Aziz “agak keterlaluan” dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.

8 comments:

Anonymous said...

Paspb hendak membunuh karakter hassan ali atas arahan parasit endorgan anwarinas, padahal hassan ali terlalu bnyk berjasa dgn pas.

Anonymous said...

berjasa pada lembu umno

Anonymous said...

04:09 kalau betul dakwaan kamu, cube bg tau apa diantara jasa hasan ali yg kamu anggap besar sgat dlmperjuangan pas.. sy nk tau lah.. sbb drpd kenyataan kamu sy rase semua kamu tahu pasal hasan ali ni..

Anonymous said...

Hassan ali bnyk berjasa dgn pas, tapi kurang berjasa pd golongan parasit endorgan anwarinas dan dap. Tu sbb anon 0530 tak tau.

Anonymous said...

Paspb, kenapa ko still tak berani buat pengakuan? Ko ni pro ulama atau pro parasit endorgan anwarinas?

Anonymous said...

Parasit endorgan anwarinas mengejar dunia dan putrajaya, tapi ulama mengejar akhirat dan keredhaan Allah.

Anonymous said...

Mari paspb, aku mengajak ko meninggalkan perjuangan parasit endorgan anwarinas yg sia2. Mari kita sama2 mengembalikan perjuangan pas yg dipimpin ulama

Anonymous said...

umno bn pulak kejar ap?rembat harta rakyat?rasuah?kayakan kroni?nk p'juangkan melayu kononnya.tegakkan islam?pemimpin mca kamu yg duk hina islam,kamu bisu terus.maklumla,kena BERSYUKUR DENGAN BN.ORANG UMNO BN MANA PAHAM MAKSUD BERSYUKUR.PIMPINAN MCA TAK AJAQ.KALAU AJAK FILEM LUCAH,MAU LA