Sunday, October 28, 2012

TERKINI !!! Najib terpaksa ke Sabah lagi, abang ipar Speaker DUN Sabah sertai PKR

 
Kedatangan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berulang kali sejak awal tahun ini semakin membuahkan hasil buat Pakatan Rakyat!

Barisan Nasional (BN) kini ditinggalkan seorang lagi pemimpin masyarakat Sabah.
Balanting Erom, abang ipar kepada Salleh Tun Said mengisytiharkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kampung Raganan, Tuaran sebentar tadi.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR).
Borang menyertai KEADILAN diserahkan sendiri Balanting kepada Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah dalam satu ceramah 'Bicara Rakyat - Kebangkitan Rakyat Menuntut Perubahan' di kampung itu malam tadi.


Balanting merupakan antara tenaga penggerak mengemudi perjuangan untuk mengembalikan hak-hak rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Sisatan Diraja (RCI) berkaitan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pengembalian Hak Tanah Adat (NCR) di Sabah.


Kedua-dua isu tersebut kini digalas pengerusi Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang juga ahli parlimen Tuaran, Wilfred Mojilip Bumburing yang keluar dari Barisan Nasional (BN) awal Julai lalu. Seorang lagi pemimpin BN yang keluar dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS), Lajim Ukin turut mendekati rakyat terutamanya di kalangan kaum bumiputera Islam di pantai barat negeri itu.


Bekas ahli parlimen kawasan itu dari BN, Monggoh Orow turut bersama dengan APS membantu Ansari meneruskan kegiatan mendekati para pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sejak Bumburing meninggalkan BN.


Tugas mereka kini mendekati masyarakat Lotud Tuaran yang terdiri daripada Monggoh sendiri; bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Nulu, Mohd Fairuz Bandar; bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) DUN Sulaman, Dominic Ombilod Onul, Richard Libau; Balanting dan bekas Ketua Bahagian BERJAYA DUN Sulaman, Sylvesyer Saraban Daniel.Kedahkini

9 comments:

Anonymous said...

Korang tak musykil ke, kenapa kalau org bn keluar parti, mesti diaorg masuk pkr atau dap. Kenapa diaorg tak nak masuk pas eh?

Anonymous said...

nak musykil apanye, asal bukan umno.

Anonymous said...

'asal bukan umno' sebenarnya slogan untuk menutup kepincangan penerimaan masyarakat terhadap pas. Masyarakat yg cenderung kpd pembangkang hanya melihat pas jijik sprt tahi dan keldai kpd pembangkang. So, bagi menyedapkan hati pas, slogan 'abu' dicipta. Masyarakat dan wakil rakyat pembangkang hanya memberi harapan pada dap dan pkr, bukannya parti yg bodoh sprt pas.

Hati Muda said...

sebab diorang sedar diri. diorang tak layak join PAS. Dpd memalukan PAS lebih baik join PKR/DAP yang bukan berteras agama

Anonymous said...

lebih elok la join PKR n DAP daripda jadi beruk umno

Anonymous said...

Jangan lah orang yang bodoh kelak tempat kamu meminta pertolongan

Mat Bon said...

Anonymous 20:56 ... jawapannya adalah sebab PAS di Sabah tidak lah sekuat PAS di Semenanjung. Secara logiknya, bekas pemimpin BN tersebut tertarik kepada parti yang lebih kuat.

Anonymous said...

Betul tu...jangan jadi setan umno

Umno parti Utk org jahat seperti setan..jin kafir...iblis


Anonymous said...

Pindah parti atas sebab kepentingan politik.