Monday, October 22, 2012

TERSERLAH RUPA SEBENAR IBRAHIM ALI!!! Mempertahankan tindakan Soi Lek menghina hukum hudud


SHAH ALAM: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mempertahankan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang secara terbuka mengkritik pelaksanaan hukum hudud.

Ibrahim menyifatkan kritikan itu hanya satu sisi pandangan Chua dan menganggapnya sebagai ‘perbezaan pendapat’.


“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA terpaksa bercakap sebegitu.
“Beliau hanya memberi pandangan tapi tak bererti kita perlu bermusuh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Khas Tahunan Selangor 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini semalam.


Sebaliknya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa DAP adalah punca kepada tercetusnya polemik sama ada hukum itu wajar dilaksanakan di negara ini.

Beliau berkata masalah tidak timbul dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan kenyataan Chua kerana hukum itu masih belum dibuat, malah tidak pernah dibincangkan sama sekali.


“MCA lebih banyak bawa kebaikan daripada DAP,” katanya.


Chua kebelakangan ini lantang mengkritik apabila meramalkan peluang pekerjaan 1.2 juta rakyat akan terjejas terutamanya di sektor perkhidmatan dan pelancongan sekiranya hukum hudud dilaksanakan.


Malah dalam Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) MCA ke-59 hujung minggu lalu, beliau turut mendakwa lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara tidak stabil, paling korup, dan tak selamat.


Selain itu, Chua juga melancarkan kempen anti hudud dengan membuat tafsiran secara sinikal bagi slogan DAP, Ubah ( Untuk(U) Bentuk (B) Agama(A) Hudud (H) serta Change (Choose (C) Hudud (H) At (A) Next (N) General (G) Election (E)).


Cadangan hukum hudud ditimbulkan PAS yang mahu ia dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya, namun menegaskan undang-undang itu hanya terpakai kepada masyarakat beragama Islam sahaja.


14 comments:

zax said...

yang aku nampak..species katak ,kadang2 menjelma spt babi ini, dalam keadaan terdesak, sanggup mengaku bukan Islam, demi sesuap nasi.

Anonymous said...

Well said zax...:)
Diorg apa tau halal haram..janji periuk nasi diorg penuh..haha

umno_baru said...

dia x tau ke anak buah dia kata HARAM undi mca? bengong btol la.

Anonymous said...

MANUSIA HARAM JADAHHHH MMG MCM TU.. JGN GADAIKAN MARUAH SBB NK AMPU DAN NAK JADI CALON...SEMBANG KATA PEJUANG MELAYU DAN ISLAM...LANCHAU LU LA IBRAHIM ALI....OIII GENG2 PERKASA...MCM NI KA MAKHLUK YG ADA YG DIANGKAT JADI PRESIDEN...BANGANGGGGGGGGGGGGGGGGGGG

Anonymous said...

Mana ketua Agama Islam Malaysia? Takkan nak duduk diam sahaja. Kita ada 8 orang raja, semuanya ketua agama. Negeri kecil tapi mempunyai raja yang paling ramai di dunia. Takkan takutkan UMNONGOK. Bertindak kerana tuan ada kuasa. Jangan biarkan "KAFIR HARBI" tu mempermainkan ISLAM

Anonymous said...

Tengok muka dia pun macam katak puru....memang perangai tak elok,,itupun jadi presiden...memang bodoh betul orang perkasa .....

Anonymous said...

mana ulama2 dinegara kita ni..kenapa nak diamkan diri..takut untk pertahankan agama islam sendiri..dekat tv punya lah cite n bg ceramah punyalah gempak..tp benda mcm nie pun leh diamkan diri..MANA HASSAN AKIDAH..MENYOROK KAH??

ALahaI sI LunCAi said...

DALAM HARAKAH TERKINI SALEHUDDIN SOKONG DAP TOLAK HUDUD !

HE!HE!HE!

bunbinban said...

cina porn ni kalau di biarkan makin angkuh la dia. Ada plak org yg ngaku Islam pertahankan dia. demi kuasa dan perut. Apa kata org Islam Malaysia? Biasanya bila Islam di hina di luar negara, sepantas kilat berdemo di depan kedutaan dan masjid tapi bila cina porn ni hina islam, kita mampu dan berani mencemuh cina porn ni dr jauh. Gerakkan satu demo besar besaran di depan pejabat MCA dan kalau boleh di depan muka cina porn tu sendiri. Mesej yg jelas harus di hantarkan kepada mereka2 yg bermulut celupar menghina Islam x kira dia sape, BN ke PR ke. Ni bkn lagi isu politik tapi isu maruah dan kesucian agama Islam di hina begitu rupa.

Anonymous said...

Akidah kena jaga. Silap mempersoal/membincanh hukum Allah apa akan jadi

Anonymous said...

HE!HE!HE!

COCOK LA TU KATAK BACKING PORNSTAR,LUNCAI PN JOIN SEKAKI HAHAHA...AKRAB SGGH PENYOKONG SYAITAN,ELOK LA,ESOK SEMUA JIRAN DGN SYAITAN DLM NERAKA TU,TERUSKN,TERUSKN HAHAHA....

Ajib said...

semoga kita terus berdoa..supaya sesiapa shj pemimpin mahupun kerajaan yg zalim tumbang..semoga Allah jatuhkan mereka2 yg takbur riak dan bongkak dgn agamaNya...Semoga Islam terus tegak di bumi Msia...

Anonymous said...

FITNAH! FITNAH! FITNAH!
Tu je yg ko tau luncai-lancau

Anonymous said...

Luncai ni mmg plik sikit.. Aku mmg benci org2 mcm ni.. Moga dpt hidayah nti..Bertaubatlah wahai luncai bin ibrahim ali..