Tuesday, October 23, 2012

UMNO BACUL!!! Soi Lek boleh kata apa, UMNO akan pertahankannya

 
KUALA LUMPUR: Umno bolehlah berpesta habis-habisan apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek makin ganas mengutuk Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu .

"Ego Presiden MCA sudah melambung hingga ke peringkat tidak takut apa-apa pun lagi untuk mengutuk dan menghina Islam. Dia tahu Umno pasti melindunginya.

"Sekarang bolehlah Umno, ulama-ulamanya termasuk lebai-lebai pecacai terbarunya dan semua yang mengampu bodek parti itu memeriahkan lagi sepuas-puasnya pesta mengutuk dan menghina Islam," katanya sambil menyifatkan Chua seolah-olah ditabalkan sebagai 'mursyidul am' Umno dalam pakatan jahat mereka menghina Islam.

Mohamad mengingatkan bahawa pakatan jahat mengutuk dan menghina Islam diasas dan dimulakan oleh para pemimpin Umno dan semakin menjadi-jadi apabila PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990.

"Semua kutukan, penghinaan dan persendaan mereka direkodkan dalam sejarah.

"Contohnya, merekalah mencipta istilah 'sup tangan' untuk menghina dan mempersendakan hukum potong tangan seperti yang diperintahkan di dalam al-Quran," katanya.

Apabila mereka melihat para pemimpin Umno berbuat demikian, orang-orang bukan Islam akhirnya semakin berani menghina Islam secara terbuka dan lantang, kata Mohamad.

Beliau yakin, orang-orang bukan Islam seperti Chua tidak akan berani mengutuk dan menghina Islam jika para pemimpin Umno tidak mengajar mereka berbuat demikian.

"Kenyataan Chua bukan sekadar menolak perlaksanaan hudud berdasarkan keyakinan agamanya dan tafsirannya terhadap Perlembagaan, tetapi sudah melampau hingga ke peringkat mengutuk dan menghina Islam," katanya.

Mohamad menyifatkan apa yang dilakukan oleh Chua itu sebagai menyambung kerja Umno yang kini sudah pandai berdalih dengan alasan kesesuaian masa untuk melaksanakan hudud, maqasid syariah dan sebagainya.

"Dulu ketika mereka tidak pandai lagi menggunakan hujjah dalam ilmu-ilmu Islam seperti maqasid syariah untuk menolak perlaksanaan hukum Islam, para pemimpin Umno dan pengikut mereka mencaci dan mencerca hukum Islam habis-habisan dan menuduh hukum Islam primitif, menimbulkan huru hara dan sebagainya.

"Kerja jahat itulah yang kini disambung oleh Chua sekarang dengan restu Umno yang sengaja berdiam diri dengan perbuatan Presiden MCA itu menghina Islam," katanya.

Mohamad bagaimanapun menolak dengan tegas untuk menghina agama Chua.

"Kita tidak akan hina agama Presiden MCA itu seperti dia menghina agama kita kerana perbuatan itu dilarang di dalam al-Quran.

"Kita adalah manusia yang bertamaddun yang tidak akan melakukan kejahatan seperti yang dilakukan oleh Chua," tegas beliau.

19 comments:

Anonymous said...

Najib hanya marah bila rakyat kutuk Rosmah sahaja, kalau kutuk Islam.... dia peduli apa kerana agamanya ialah RM dan kuasa UMNO.

Anonymous said...

Respect dg ust fathul bari, mengeluarkan kenyataan yg mengecam soi lek krn mengkritik hudud. So far aku rasa ulama muda umno yg betul2 konsistent mengikut al-Quran dan sunnah dlm panduan pemerintahan. Ulama muda umno mengeca siapa shj yg menghina hudud atau Islam, tak kira mca atau dap.

Anonymous said...

Di hujung ucapannya, ust fathul bari mengajak umno dan pas yg beragama Islam sama2 bersatu mempertahankan Islam apabila diserang. Mmg betul2 respect.

Anonymous said...

Dlm pas pun ada yg berfikiran sprt ust fathul baru, iaitu ust nasharuddin mat isa. Tapi, usul penyatuan ummat Islam yg dicadangkannya mendapat tentangan dari pimpinan pas sehingga tok guru menggelarnya 'lidah panjang'. Pengikut pas pulak dijual dgn fitnah bahawa ust nasha ialah boneka umno, padahal ust nasha hanya ingin membawa pas ke arah al-Quran dan sunnah dlm pemerintahan.

Anonymous said...

Ust nasha memandang bahawa perpecahan hanya merugikan Islam dan mengajak pas melupakan dendam lampau dan taksub pada pemimpin tertentu demi perpaduan ummah.

Anonymous said...

kalau mcm 2 bubarkn umno masuk pas..

Anonymous said...

Perpaduan tidak semestinya bermaksud pembubaran parti untuk masuk parti yg satu lagi. Dap blh berpadu dgn pas tanpa bubarkan partinya, walaupun tok guru pernah mengeluarkan kenyataan org bkn Islam pun blh masuk pas. Kenyataan yg mengatakan kalau inginkan perpaduan, bubar umno masuk pas hanyalah kata2 dari org yg mencari alasan untuk perpaduan.

Anonymous said...

mca ada lah parti utk bangsa cina.. x seperti DAP parti brbilang kaum cuma majoritinya brbangsa cina.. Pas ada parti islam yg majoritinya brbangsa melayu.. Umno pula parti utk bangsa melayu.. Kenapa parti umno melayu kesemua brsatu dlm pas? Kerana kuasa? Tun pernah brkata umno rosak hingga ke usus.. Dn mcm2 lg tun komen tentang umno.. Kenapa x blh? D mana alasan anon 18.15

Anonymous said...

Org yg ingin menolak perintah Allah yg menyuruh umat Islam bersatu akan mengeluarkan bermacam2 alasan. Alasan menyuruh satu parti bubar untuk masuk parti lagi satu hanyalah untuk mengangkat ucapan politik melebihi perintah Allah. Kata2 siapa yg kamu ingin ikut? Kata2 ustaz yg hanya berpandu pada dendam lampau dan keinginan kuasa dunia dgn merampas putrajaya ataupun perintah Allah?

Anonymous said...

Dlm hal perpaduan, ulama muda umno lbh konsisten. Mereka tlh menghantar surat yg mengajak tok guru dan pimpinan pas bermuzakarah demi Islam, tapi ditolak mentah2. Tok guru sanggup memperlekehkan ust fathul bari dgn mengatakan 'fathul bari ni siapa?'

Anonymous said...

Pimpinan umno pulak apabila ditanya mengenai muzakarah, secara konsisten mengatakan umno terbuka untuk bermuzakarah dgn sesiapa saja demi Islam. So, dlm hal ni, siapa yg lbh Islamic? Org yg menolak perpaduan atau org yg berusaha ke arah perpaduan?

Anonymous said...

kalau umno lebih islamic x ada la k pop kat putrajaya.. Kalau umno lebih islamic ank bini pemimpin mesti la menjaga aurat.. Kalau umno lebih islamic parti komponen lebih memahami tentang islam.. Kalau umno lebih islamic pas x akn ada..

Anonymous said...

Sikap mencari kesalahan umno untuk menolak perpaduan hanyalah alasan untuk lbh mengejar dunia daripada akhirat. Allah dah suruh umat Islam bersatu padu, so patuh je lah.

Anonymous said...

bersatu dlm mencegah kemungkaran bro bukn brsatu buat maksiat. X perlu mencari kesalahan umno sbb dgn bangga umno memaparkan kemungkaran mereka..

Anonymous said...

bro refer surah hud ayat 113..

Anonymous said...

Sapa2 yg sokong umno, silalah lapangkan fikiran dan baca sgala maklumat dlm internet bersumber dari semua pihak..jgn terlalu bergantung pd media tempatan yg sudah busuk dan memburuk mcm bangkai...bnyak kelentong...

Anonymous said...

kena bynk wat research kena bnyk membaca bru blh nmpk kebenaran.. Buat masa ni UMNO dah korup..

Anonymous said...

umno kejar akhirat? Ha..ha..ha..

Anonymous said...

..orang yg jadi ahli-ahli Umno al Syaitan ini ,adalah pencacai-pencacainya,semsing-semsingnya dan lebu-lembunya sekiranya dia orang Melayu dia adalah seorang yg tidak ada Agama di dalam dirinya...tidak ada harga diri apa-apa..yg ada adalah nak tunjuk Kuat,nak tunjuk Pandai, nak jadi Pencacai dan Penbodek No satu dan nak Orang Melayu jadi Lembu macam dia..dan yg menjadi Pemimpin-Pemimpin Umno al Syaitan ini pula Nak tunjuk Kuasa, nak tunjuk Siapa yg kaya dan Jutawan dan nak menipu Orang-Orang Melayu supaya jadi Lembu dia, jadi macam ahli-ahli nya..tapi dia lupa yg Orang Melayu ini, ALLAH S.W.T telah menberi Orang Melayu Agama ISLAM..AL_QURAN DAN SUNNAH NABI .. Maka tidak sesekali Orang Melayu ini yg ada Islam kena tipu sampai dua kali..melainkan Lembu-Lembu..