Saturday, November 24, 2012

BANGANG ADUN UMNO!!! Dah fitnah kaw kaw dalam media , masuk DUN Kedah cakap lain




Dalam pembentangan Bajet 2008 di zaman BN mentadbir Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid selaku Menteri Besar beliau menetapkan jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM502 juta, pembangunan RM277 juta dan pengurusan air RM348 juta. Jumlah keseluruhan perbelanjaan ialah sebanyak RM1,127 juta.

Pada masa itu tiada seorang pun ADUN pembangkang (PAS) yang menempelak kerajaan negeri kerana berbelanja sehingga melangkaui 'defisit' sebanyak RM643 juta. Sebabnya mereka tahu membaca laporan bajet.

Lucunya seorang ADUN pembangkang (sekarang BN) iaitu Dato' Ir Nawawi Ahmad mempersoalkan jangkaan hasil RM640 juta dalam Bajet 2013 sedangkan perbelanjaan ialah RM1.1 bilion yang katanya, menunjukkan 'defisit' hampir 72 peratus.
"Defisit ini lebih teruk daripada Greece. 
Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi yang merupakan ADUN BN dari Kuah.
Amiruddin dalam jawapannya di Sidang DUN yang menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad berkata, persoalan seperti itu tidak patut timbul apatah lagi datangnya dari seorang bekas Exco kerajaan negeri. 
Katanya, terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan.
Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya oleh kerajaan Pusat.

Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan, sedangkan kenyataannya bahawa kerajaan bakal muflis telah tersiar di hampir kesemua media utama dalam negara.

Amiruddin dalam ucapan penggulungannya merayu pihak media yang menyiarkan laporan tidak betul dari ADUN Kuah itu supaya membuat penjelasan kembali tetapi malangnya tiada satu pun media utama yang berani menyiarkan penjelasannya. 
Hanya akhbar Sinar Harian yang menyiarkan penjelasan tetapi bukannya dari Amiruddin, sebaliknya memetik kenyataan dari Menteri Besar Dato' Seri DiRaja Azizan Razak yang tidak begitu mendalam penjelasannya.

Mustahil ADUN pembangkang tidak tahu 'membaca' laporan bajet kerana mereka sudah memerintah selama separuh abad. Rasanya apa yang mahu dilakukan BN ialah memutarbelit persoalan sebenar sambil menipu rakyat kerana BN dengan tipu, fitnah dan bohong sudah sinonim! 



ALOR SETAR - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan dalam Persidangan DUN bahawa anggaran hasil premium tanah sebanyak RM150 untuk tahun 2013 adalah munasabah.

Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) membangkitkan persoalan berhubung Belanjawan Negeri 2013 yang menyaksikan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun. Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun Amiruddin menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one off yang melibatkan tiga tempat.


Pertama, bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.

Keduanya, sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar atas sebab perundangan, kini bekas pemilik berminat untuk mendapatkannya semula. Perundingan telah berlaku dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.

Ketiga, ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi.

Amiruddin turut menjelaskan persoalan Datuk Nawawi Ahmad (BN-Kuah) yang berkata, jangkaan hasil RM640 juta sedangkan perbelanjaan RM1.1 bilion menunjukkan defisit hampir 72 peratus. "Defisit ini lebih teruk daripada Greece. Ia seolah-olah Kerajaan Negeri telah mengisytiharkan Kedah akan bankrap pada tahun hadapan. Dewan Perniagaan Cina Negeri Kedah pun cakap, ekonomi di Kedah sedang masuk gear gostan," kata Nawawi.

Jelas Amiruddin, memang terdapat sumber hasil lain tetapi tidak dimasuk dalam sumber pendapatan negeri kerana ia diperakaunkan di bawah kumpulan wang berasingan. Antaranya ialah terimaan kumpulan wang pembangunan, kumpulan bekalan air, pemberian sahan ekonomi dan kesejahteraan rakyat, pemberian pertambahan hasil dan penyelenggaraan jalan raya, oleh kerajaan Pusat.

"Soalan ini tidak patut dibangkitkan oleh ADUN Kuah yang bukan orang baru dalam Dewan, pernah jadi Exco dahulu (masa BN)," ujar Amiruddin.

Beliau memberi contoh Bajet 2008 yang dibuat oleh kerajaan terdahulu; jangkaan hasil cuma RM484 juta tetapi perbelanjaan sebanyak RM1,127 juta ianya tidak bermakna defisit RM643 juta.

Penjelasan yang dibuat oleh Amiruddin menyebabkan Nawawi bangun cuba berdolak dalik memberitahu bahawa beliau tidak menuduh kerajaan akan muflis tetapi hanya meminta penjelasan.

6 comments:

Anonymous said...

Tak faham laporan budget dh nak komen macam budak2 pembangkang kedah ni

Anonymous said...

Akai pembangkang yg sebenarnya masuk gear gostan akai ni la yg perintah kedah sblm 2008 tingai utang belambak

Anonymous said...

Dah lama tak dengar pasal ust azizan. Sihat ke dia? Kalau kita menang lagi dia blh jd mb semula ke? Atau anwarinas ada calon yg baru?

Anonymous said...

beruk umno tak da hujah hanya membangkitkan fitnah dajal

rakab said...

Puak Anwarinas sentiasa meninjau-ninjau peluang nak merampas kerusi MB dari Azizan.

Kumpulan pro Azizan tidak akan memberikan laluan mudah. Daripada jatuh ke tangan boneka Dap/Israel. lebih baik serah kembali kepada Umno/BN !!

Anonymous said...

tu dia fitnah dajal beruk umno