Thursday, November 1, 2012

FITNAH MAKANAN UMNO!!! Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang kena saman kerana fitnah


Speaker Dewan Undangan negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir berhubung kenyataannya mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang.
  
Bercakap pada sidang media di sini, Abdul Halim berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 2 petang tadi menerusi firma guaman Tetuan M. Kanesan & Associate.

Katanya beliau mengambil tindakan itu kerana mendakwa terdapat unsur fitnah dalam kenyataan Musa berhubung projek itu yang boleh memburukkan kredibiliti dan imejnya sebagai speaker.
  
"Saya melalui peguam saya telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi. Tindakan ini  diambil setelah saya beri tempoh 48 jam kepadanya tetapi tiada apa-apa tindakan, dan beliau (Musa) pada 1 Okt lepas menyatakan tidak perlu minta maaf," katanya.
  
Ketika ditanya oleh pemberita mengenai jumlah saman fitnah itu, Abdul Halim berkata beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diedarkan kepada pemberita pada sidang media itu, Abdul Halim antara lain menuntut gantirugi bagi fitnah secara lisan, gantirugi bagi fitnah bertulis, gantirugi keterlaluan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menyiarkan selanjutnya kenyataan memfitnah itu sama ada secara lisan atau tulisan.
  
Sementara itu, Musa ketika dihubungi berkata beliau sedia mengemukakan bukti mengenai dakwaanya berhubung projek itu di mahkamah.
  
"Saya tidak takut disaman, jumpa di mahkamah dan saya akan kemukakan bukti-bukti atas dakwaan saya itu," katanya.
  
Dalam pendedahannya sebelum ini mengenai projek Taman Tema Escape milik kerajaan negeri di Teluk Bahang, Musa mendakwa projek itu mempunyai kaitan dengan Abdul Halim.


Musa merupakan adik kepada bekas pemimpin Umno yang juga bekas menteri pelancongan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

5 comments:

Anonymous said...

Abdul kadir sheikh fadzir, bekas pemimpin umno tapi skrg bersama pakatan. Setelah join pakatan, dia mendakwa mempunyai kebolehan mendengar suara org yg sudah mati dan suara Allah? Org pas pulak terus percaya? Begitulah contoh pemimpin yg korup dlm pakatan mempergunakan agama utk kepentingan parti dan kebodohan pengikut pas yg tidak memahami Islam

Anonymous said...

Umno melarang pengikutnya mempergunakan agama utk kepentingan parti, tapi umno memertabatkan Islam sebagai agenda parti yg plg utama. Begitulah beza antara umno dan pas.

Anonymous said...

UMNo JUGA MEMBENARKAN GOLONGAN ORG ATAU AHLI PARTI KOMPONEN MENGHINA ISLAM. LAGI SATU BEZA UMNO DAN PAS..

Anonymous said...

Apa org umno bising2 ni. Umno memartabatkan Islam? Tolonglah jgn menipu. Pas lbh memartabatkan Islam! Tu sbb nik abduh cakap menerima wahyu Allah menyuruh pas merampas putrajaya. Tok guru pun cakap nak pegang jawatan sampai mati sbb nak memartabatkan Islam lah tu, bukannya sbb giler kuasa. Biarlah nyanyuk pun, tok guru TERPAKSA memegang jawatan sampai mati sbb takde pemimpin lain dlm pas yg mampu memartabatkan Islam sprt beliau

Anonymous said...

kadang2 nak tergelak membaca komen2 bodoh geng "beruk UMNO bangang style" nie....lawaklah korang nie......mcm bangang.......hihihihii