Friday, November 23, 2012

MAKAN DIRI LAGI!!! Tuduh Kerajaan Selangor bina banglo mewah di cerun curam, rupanya banglo mewah itu pemimpin UMNO yang punya


NONEBeberapa pemimpin Umno didakwa pemilik banglo di Templer Park, projek kontroversi, yang dibangkitkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam.

Ahli Exco, Elizabeth Wong (bawah) memberitahu dewan bahawa
beliau terkejut mengetahui pemilik banglo itu termasuk bekas menteri, seorang ahli parlimen dan beberapa bekas ADUN.

"Inilah antara orang-orang yang mengambil tanah di situ untuk membina rumah mewah,” katanya di dewan semalam, tanpa menyebut sebarang nama, lapor Selangorku.com, lamanweb kerajaan negeri.

Semalam, The Star melaporkan terdapat rancangan untuk membina banglo mewah di Templer Park atas kawasan bukit bercuram yang diklasifikasikan sebagai Kelas 3 dan 4.



Projek itu didakwa melibatkan komuniti berpagar seluas 12.41 hektar yang terdiri daripada 60 buah banglo, dengan harga permulaan RM4 juta seunit.

Laporan yang sama memetik Majlis Perbandaran Selayang sebagai berkata pemaju projek itu telah memenuhi syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

4 comments:

Anonymous said...

Dengar citer hutan di selangor di bawah jagaan nyer pun tidak dijaga dgn sempurna. Di dah nak cari kesalahan org lain

Anonymous said...

Cakap eli kangkang model porno yg ada toyboy ni blh caya ke? Sebuk cari kesalahan org, kan toy boy dah lari.

Anonymous said...

jangan dok kalut..... kita tunggu sapa yang kena?

Anonymous said...

beruk umno nak tukar tajuk lucah, memang celaka la beruk ni