Thursday, November 15, 2012

PARIT BUNTAR!!! PASTI Parit Buntar lahirkan murid cemerlang




PARIT BUNTAR :  Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Parit Buntar telah mengadakan Hari Mini Konvokesyen PASTI yang telah diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong baru-baru ini. 
 
Program yang melibatkan kira-kira 320 murid daripada sembilan buah PASTI ini merupakan hari anugerah kecemerlangan murid sepanjang tahun 2012 . Majlis telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain.

Menurut Pengerusi PASTI Parit Buntar, Amir Abdullah Thani pada tahun ini PASTI telah mengubah konsep majlis hari anugerah dengan meraikan anak-anak cemerlang ini dengan gaya mini konvokesyen.
 
" PASTI Parit Buntar sememangnya melahirkan ramai murid cemerlang yang bukan sahaja dari aspek kurikulum malah ko-kurikulum.

" Pada tahun ini PASTI  Parit Buntar telah memenangi beberapa kejuaraan seperti mendapat tempat ketiga PASTI peringkat kebangsaan dalam acara hafazan lelaki, naib johan PASTI peringkat negeri Perak dalam acara hafazan perempuan, pertandingan azan, nasyid dan kalam jamaie" katanya
 
Amir berkata, pada tahun 2013 PASTI Parit Buntar akan melebarkan sayapnya untuk PASTI unit ke 10 di Taman Desa Mekar.
 
" Kita mensasarkan murid PASTI akan bertambah sehingga 400 orang pada tahun hadapan dan berharap ramai ibu bapa dapat menghantar anak mereka ke PASTI kerana murid PASTI merupakan murid berkualiti.

Murid Terbaik Enam Tahun Seluruh PASTI tahun ini dianugerahkan kepada Ammar Safwan bin Asrul Azwan manakala Murid Lima Tahun kepada Nur Balqis Batrisya binti Mohd Syukri yang kedua-duanya dari PASTI Al-Munir.
 
Turut hadir sama menyampaikan hadiah kepada murid cemerlang PASTI ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim dan Timbalan Yang Dipertua, Baharin Desa. 

Tetamu khas yang hadir
 
Ibu bapa hadir meraikan anak-anak
 
Pelajar PASTI dari 9 buah PASTI Kawasan Parit Buntar
 
Menunggu masa menerima sijil
 

Menunggu masa menerima sijil
 
  Ucapan perasmian Pesuruhjaya PAS Perak
 
Pesuruhjaya PAS Perak menyampaikan sijil
 
Yang Dipertua PAS Parit Buntar menyampaikan sijil
 
Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar menyampaikan sijil
 
Persembahan pelajar
 
Persembahan Pelajar
 
Persembahan pelajar
 
Persembahan pelajar
 
Murid Terbaik Enam Tahun 
 
Murid Terbaik Lima Tahun 

6 comments:

Anonymous said...

Bakal keldai dap pada masa hadapan. Kasihan..

Anonymous said...

apa dosa depa kat hang yg hang hina budak2 yg pandai menghafal,azan.hang pandai ke?aku rasa plajar2 cmerlang tu lbh mulia hati drpd hang.aku lg ksian kat mak bapak hang sbb ada anak hram mcm hang.ankak hram apa?anak hramjadah,ari2 buat ftnah,ari2 mkn duit hram,bg fmly mkn.yg tu la hang.ank hram.hram apa?hramjadah.

Anonymous said...

beruk umno kalau nak komen pun hormatlah sikit

Anonymous said...

beruk umno kalau nak komen pun hormatlah sikit

Anonymous said...

..ada balaci-balaci,kuli-kuli Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO Syaitan yg di-kenali nak buat Perpaduan Melayu..Tapi gua kata itu bukan Perpaduan Melayu tapi Perpaduan Lembu-Lembu MELAYU se-MALAYSIA..dah 55 thun dah.. Orang Melayu dah tahu UMNO ini PENIPU dan Perkhianat kepada orang Melayu..siapa tak tahu lagi Umno ini Penipu memang dia suka jadi Lembu dan Kuli Pemimpin Pemimpin UMNO al-Syaitan yg di-kenali..dulu,kini dan selama-lama-nya..nak jadi lembu dan kuli ke..?

Anonymous said...

anon 1616..ko kata depa keldai DAP..dgn budak2 pun ko boleh ckp mcm tu..nmpk sgt ko yg yg lg bebal dr keldai...agak2 ko baca muqadam pun xlepas lg..yer r..pemimpin no 1 korg fardhu ain pun xtahu..ni kan pula..pengikut2nya..ckp chedet tu ada gak betulnya..hanya yg bebal shj join UMNGOK nie..sempena Tahun baru nie..bwk2 lar berubah..hijrah kpd yg lebih baik