Sunday, November 4, 2012

PERAH RAKYAT!!! Bukan sahaja kamera AES JPJ, polis pun ada kamera juga untuk saman rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-9A0Ku07O0bA/UBiiwe1RBkI/AAAAAAAADn8/n0eBbDK-hl0/s320/speedtrap.jpg 
Ingatkan bila ada kemera AES, kamera polis mansuh. Jangan berharap la , polis pun nak tolong kutip juga bagi banyak......
 
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.

Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, saman postal itu bertujuan memberi kesedaran kepada pemandu jalan raya agar memandu secara berhemah dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Saman postal ialah notis yang dikeluarkan PDRM kpada pemilik kenderaan yang berdaftar.

Bagi pemilik kenderaan yang gagal memberikan maklumat terhadap notis dalam tempoh yang ditetapkan, pemilik dikenakan saman kerana melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar pada sesi soal jawab lisan pagi ini.

"Berapa jumlah respon daripada pesalah yang menerima saman postal kemudian menjawab semula notis yang dikeluarkan PDRM.

"Apa jenis kamera yang digunakan PDRM, adakah sama dengan AES dan adakah menteri bercadang memansuhkan sistem ini setelah AES yang lebih kejam dan zalim dilaksanakan?" soal beliau.

Abu Seman dalam jawapannya memberitahu, sebanyak 180,062 saman postal dikeluarkan sepanjang tempoh Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri bermula 12 hingga 26 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 52,362 saman dapat diselesaikan.

Firdaus dalam soalan asalanya meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah "Saman Postal" (Notis Pol 170A) yang dikeluarkan oleh PDRM semasa Ops Selamat sempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang lepas.

Sementara itu, Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen berkata, rakyat kini terbeban dengan dua saman yang dikeluarkan iaitu daripada PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Dua kementerian menjadikan aktiviti menyaman pengguna kenderaan sebagai agenda bersama. Sepatutnya PDRM kena tumpu kes jenayah.

"Daripada jumlah saman yang dikeluarkan, hampir separuh yang bayar saman ternyata tak faham, tapi terus bayar sahaja sebab takut kena naik turun mahkamah. Kerajaan kena jelaskan bagaiman ia beroperasi, bukan terus saman," katanya.

11 comments:

Anonymous said...

keh! keh! kamera perangkap laju ni dekat semua negara ada bro. dekat singapore, negara rujukan pakatan pun ada juga kamera perangkap laju ni. so, ni semua salah umno ke?

Anonymous said...

aku boring betullah blog paspb ni. bila orang komen, lepas tu tak dapat berhujah pertahankan parti pakatan sendiri, mesti asyik ulang-ulang perkataan 'beruk' dan 'setan'. korang takde idea lain ke? aku cadangkan korang belajar berhujah untuk pertahankan parti sendiri. kalau tak pandai, belajar cara-cara nak kencing daripada abang nuar. dulu masa dia kencing cakap nak rampas putrajaya masa 16 sept dulu pun, orang pas tadah je percaya bulat-bulat.

Anonymous said...

Dua ekor kat atas ni pengomen yg sama..borringggg...

Anonymous said...

nak buat camna boring pun terima seadanya. itu aje spesis beruk umno yang ada

Anonymous said...

la spesis ni terasa bila org kata dia beruk n setan rupanya.. Ha..ha..ha..ha.. Tang dia kata x pa plak.. X pa.. X pa.. Nanti bila dah sinonim x akn rasa pa dah.. Beruk.

Anonymous said...

Dah tau boring,masuk blog ni lagi buat apa bro.dulu dia kata nak boikot,tapi duk komen gak.dah ludah kahak dalam lubang jamban,lepas tu jilat balik.pi la buat blog sendiri.modal tak dapat ke

Anonymous said...

Dah takde modal. Asyik ulang2 'setan' & 'beruk'. boringgg...

Anonymous said...

dah memang beruk umno yg jadi setan kat sini

Anonymous said...

Blah la dari blog ni kalau dah tau boring

Anonymous said...

Hampa yang dok bergaduh pasai kemera ni memang ada otak tapi tak berapa suka nk pikir. Hang kalau dia letak kamera tu kat highway limit 110km/j dgn jln biasa limit 90km/j aku tak kisah. Tapi yang bangsat jalan biasa 50 / 60 km/j pun depa balun. Esok esok mau hang kena kat tempat lagu ni baru hang nk ada akai.

Anonymous said...

Sila search kamera aes yg buat kat negara luar..diorg hanya buat pada waktu dan ari berkerja sahaja..letak lak kat area kawasan perumahan..saman kalu lebih dari limit mcm kalu 90 lebih keaeah 91 ke ker 100 baru sman dlm rm 20 ker 50..kalu lagi laju lagi bnyk saman