Thursday, November 29, 2012

SIDANG TERAKHIR!!! Pandikar Amin minta maaf kepada Karpal Singh


KUALA LUMPUR —  Yang Dipertua (YDP) Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta maaf kepada ahli parlimen Bukit Gelugor (DAP) Karpal Singh ekoran insiden pada tahun 2008 dalam ucapan penutup sesi Dewan Rakyat hari ini, sidang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menjelang.

"Jadi saya rasa tidak sedap hati kalau saya tidak dapat memohon maaf kepada Bukit Gelugor.


"Walaupun beliau tidak ada disini," kata Pandikar
(gambar) yang merujuk insiden sidang pertama pengggal ke-12 pada 28 April.


Pandikar melahirkan rasa kesal kerana tidak mengetahui Karpal ketika itu sakit tangan kanannya dan terpaksa mengangkat tangan kiri semasa upacara mengangkat sumpah anggota di Dewan Rakyat.


Dalam ucapan beliau lagi, Pandikar menegaskan kuasa untuk memanggil sidang Dewan adalah terletak ke atas perdana menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Razak dan membayangkan sesi kali ini mungkin yang terakhir sebelum PRU.


"Sehubungan dengan itu, sekiranya Ketua Majlis atau PM tidak memohon untuk Dewan Rakyat bermesyuarat pada Januari, Februari, Mac atau awal bulan April maka bagi saya persidangan ini adalah yang terakhir sebelum PRU Ke-13.


"Oleh yang sedemikian saya berterima kasih kepada semua yang berhormat yang telah memberikan kerjasama sejak awal 2008 hingga Disember tahun ini," kata Pandikar lagi.


Sebaik sahaja Pandikar menamatkan ucapan, ahli parlimen kedua-dua belah pihak daripada kerajaan dan pembangkang menyampaikan ucapan penghargaan kepada YDP di atas khidmatnya sepanjang di Dewan Rakyat.


"Saya mewakili Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), ingin mengambil peluang ini melahirkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YDP sepanjang perkhidmatan di Dewan ini.


"Kalau ada yang terlepas cakap dan pandang, kami mohonkan kepada YDP untuk maafkan kami," kata ahli parlimen Tangga Batu (Umno), Datuk Idris Haron.


Selepas ucapan Idris, wakil ahli parlimen daripada pembangkang juga memberikan ucapan penghargaan sama kepada YDP atas khidmatnya membimbing Dewan Rakyat.


"Saya mewakili pihak disebelah disini, saya ucapkan jutaan terima kasih ke atas YDP dalam membimbing Parlimen Ke-12 selama lima penggal ini.


"Karenah-karenah ini boleh berlaku dimana-mana sahaja, sudah tentu ia boleh menguris setengah pihak. Jadi saya meminta maaf juga kepada YDP dan pihak disebelah sana," kata MP Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.


Turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada Pandikar adalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.


Pandikar merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.


Pelantikan Pandikar sebagai YDP dibuat mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dicadangkan oleh Perdana Menteri yang hanya mengemukakan satu nama bagi jawatan itu kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Roosme Hamzah melalui surat bertarikh 10 April 2008.


Pandikar Amin yang berkelulusan undang-undang sebelum ini pernah dilantik sebagai Senator dan juga merupakan Presiden Parti Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan.

8 comments:

Amuraria said...

MANGKUK BIN AYUN ! PENDEKAR PUND..K ! ABU !

Anonymous said...

Sifat terpuji yg wajib dicontohi. Ydp dwn rakyat yg berhati mulia, mengakui kesalahan dan meminta maaf. Sikap beliau yg tidak ego dan meninggi diri menunjukkan keikhlasan hati. Inilah antara contoh pemimpin yg ada dlm umno/bn. Diharap rakyat dpt menilai. Terima kasih paspb!

Anonymous said...

maamat ni bukan pendekar pengkianatlathanatullah

Anonymous said...

dah tahu bn nak padam tentulah minta maaf awal-awal

kampong lad said...

setakat mintak maaf (itu pun kat glugor saja) cukup ka? apa yg dia tak buat pada pembangkang? pandikar pundek

Anonymous said...

Terima kasih kpd ucapan-ucapan "manis" kpd saudara kami Pandikar Amin dalam blog ini.Memang kamu layak menerima "ganjaran" yg setimpal di akhir nanti. Kamu tak kenal dia tapi kamu senang melontar kata-kata nista. Terim kasih :(

Anonymous said...

Inilah hasil tarbiah dari madrasah pas, penuh dgn cacian dan kata nista. Semoga mrk berubah.

Anonymous said...

Setuju, org da buta hati da x nmpk kbaikn org lain..