Friday, November 9, 2012

TAK HORMAT AZAN!!! 20 ahli Perkasa buat demo mencarut depan balai polis


KERTEH 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.


Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.


Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter.


Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.


Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.


Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.


Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.


Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.


Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.


*** Untuk menonton rakaman kejadian:
(klik)

8 comments:

Anonymous said...

..ada Pas ke semsing-semsing buat demo di-dapat balai polis ini..sepertu -nya PDRM tangkap semsing-semsing lembn ini kerana menganggu..tak kan Polis tahu jaga balaci-balaci dan Pemimpin-Pemimpin BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali sahaja ke..di zaman yg ada kemajuan maklumam yg begitu canggih, Polis masih lagi nak pusing ke belakang..kalau macam ini-lah gaya-nya ..lama-lama Rakyat tidak akan ,pencaya lagi kepada Polis lagi..sekarang pun Polis , suka jadi Lembu dan balaci BN/UMNO al-Syaitan yg di-kenali..

Anonymous said...

Paspb kesian kat awak lebih baik cari makan cara lainlah merompak ke manyamun ke dosa antara awak dengan Allah tapi sekarang dosa bukan dengan Allah aja tetapi dengan sesama2 manusia . Allah akan mengampun dosa kita selagi kita bertaubat dan mohon keampunan dosa dengan manusia fikirkan sendiri .

Anonymous said...

Semoga blogger paspb bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Zalee said...

Apa kena dgn anon dua org ni.Sasau ke apa?Klau nk suruh org bertaubat,suruh le puak pekasam yg buat demo tu.Merepek,merapu tk tentu hala.

Anonymous said...

beruk umno yang komen . macam tu la

Anonymous said...

Hancur hancur..hancur umno!

Anonymous said...

PERKASA yg memperkasakan kebangangngan mereka......hihihihi

Anonymous said...

Kalu kau rasa blog nie buat dosa..aku rasa blog blog umno pun kena suruh taubat jugak..ker kau rasa kalu blog umno tu semuanye betul..