Friday, November 2, 2012

UMNO BELA MELAYU!!! Buktinya 1014 hektar tanah hutan simpan diserah kepada bos MCA N.Sembilan

http://2.bp.blogspot.com/-fjn4CDRoz_A/TuGAxY5l92I/AAAAAAAAjng/KszAHQ0Yapc/s1600/162038_156603044396080_348576_numno+khianat+melayu.jpgPETALING JAYA: KEADILAN hari ini mendedahkan, 1014 hektar tanah hutan simpan tetap di Mukim Serting Ulu, Jempol diberi kepada ASLI-YNS Sdn Bhd, syarikat milik Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Senator Dr Yeow Chai Thiam.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Sembilan pada 3 Mac 2004 meluluskan permohonan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) untuk meminda keputusan pemberian milikan tanah itu bagi perladangan getah kepada ASLI-YNS.

Beliau turut menunjukkan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang menyatakan kelulusan itu.

“Lebih memalukan syarikat ini hanya ada modal keseluruhan sebanyak RM10, dan Yeow hanya miliki pelaburan berjumlah RM5 sahaja,” jelasnya sambil menunjukkan salinan maklumat syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini, hari ini.

Rafizi berkata, walaupun nama syarikat itu seolah-olah menggambarkan ia adalah usahasama dengan YNS, carian rasmi di SSM mengesahkan ia dimiliki oleh Yeow.

Menurut salinan maklumat SSM yang turut dilampirkan, ASLI-YNS juga dimiliki Chan Ah Meng dengan pelaburan RM2 dan Yong Ing Kiat pula RM3.

Pendedahan terbaru ini menyangkal dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan tempoh hari bahawa tanah hutan simpan tersebut dimiliki YNS dan hanya dipajak kepada pihak swasta.

http://www.keadilandaily.com/?p=38789

9 comments:

Anonymous said...

Salam Bro,lagi molek jika ditunjukkan bukti.Baru padan dengan muka UMNO

ALahaI sI LunCAi said...

HE!HE!HE!

RAFIZI RAMLI....ORANG YANG PERANGKAP PEGAWAI BANK, BILA DIDAKWA KERANA DEDAH MKLUMAT, RAFIZI KATA TAK KENAL ORANG TU..

INILAH YANG PAS JADIKAN PAKAR RUJUK.

HE!HE!HE!

Anonymous said...

ala luncai nak tunjuk hebat, hidup pun atas kudrat bini. lama tak komen pasal ko luncai. berjumpa di sini, nak tanya, org padang rengas dok bising pasal bini hang, hang dok sibuk komen merata blog

dhuan said...

mcm ni ka umno bela melayu

tgk mcm mana lak DAP buat melayu pulau pinang

http://bit.ly/U3xNrE

dhuan said...

mcm ni ka umno bela melayu

tgk mcm mana lak DAP buat melayu pulau pinang

http://bit.ly/U3xNrE

Anonymous said...

Umno bn hatam jadah parti syaitan lancau lembik.

Anonymous said...

Apa pasat lu olang punya mulut manyak bising. Wa sula bilang sama anuwar dan hadi awang, pakatan mesti kaw tim sama cina. Itu melayu boleh kasi hentam. Itu sbb pakatan manyak kasi plojek sama cina maa.. Nanti tanah pun pakatan akan kasi sama cina juga, supaya itu mulut mca kasi diam.

-pemerhati dap-

Anonymous said...

tak payah la ko nak menyamar pemerhati dap sebab semua tau ko la sekor beruk umno yg selalu komen bodo kat sini

Anonymous said...

Bila masa umno bela MELAYU? umNO hanya bela kroni je...orang melayu biar jadi peminta sedekah baru senang nak ditarik hidung kehulu kehilir. Time bajet je orang2 melayu pun meminta minta ehsan kerajaan umno untuk dapat brim brom bram ntah apa apa ntah...