Saturday, December 15, 2012

BRAHIM ALI MERAJUK!!! UMNO tak layan, tetap bertanding bebas pertahan kerusi Pasir Mas


Ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi yang diwakilinya itu dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal menjelang.

Presiden PERKASA itu berkata beliau tetap akan bertanding walaupun sebagai calon bebas, namun akan turut berunding dengan mana-mana parti yang ingin mengadakan kerjasama dengannya.

"Nak berunding saya kena tengok dulu dasar perjuangan, tindak tanduk... Tengok dasar perjuangan, boleh berunding dan berkongsi dengan sesiapa sahaja dalam pilihan raya akan datang


"(Jika) tidak ada perkongsian, saya bebas, saya solo, saya tetap akan bertanding walaupun saya seorang diri.

"Saya tetap bertanding walaupun 10 atau 15 penjuru, tetapi terbuka untuk bekerjasama dengan orang mahu bekerjasama dengan saya," katanya.


Ibrahim turut mendakwa Umno telah "melukakan hatinya" kerana menggugurkan beliau daripada jawatan ketua bahagian Pasir Mas semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya dijalankan sebelum ini.

Susulan itu, beliau kemudiannya bertanding atas tiket PAS pada 2008 dan memenangi kerusi tersebut hasil kerjasama "menang-menang" dengan parti Islam tersebut, katanya.

Ibrahim berkata beliau juga tidak sepatutnya dianggap sebagai "kacang lupakan kulit" kerana PAS, dakwanya, mendapat keuntungan daripada perkara itu.

"Sokongan saya kepada PAS, tidak sedikit yang mereka dapat. Kena tengok sejarah. Kena teliti betul-betul," katanya.

Beliau juga mendakwa menjadi "mangsa cemburu" pihak tertentu atas prestasi dan khidmat yang diberikannya selama ini.

"Siapa yang melukakan siapa? Dua-dua parti ini melukakan saya. Saya tidak pernah melukakan Umno, Umno melukakan saya," katanya.

Ibrahim bercakap dalam satu sidang media selepas majlis perasmian persidangan agung PERKASA hari ini.

Dalam majlis perasmian itu, beliau mengetuai sekumpulan 5,000 perwakilan dan pemerhati ke mesyuarat agung PERKASA untuk membaca ikrar bagi menyokong BN dalam pilihan raya umum ke-13.

4 comments:

Anonymous said...

Si Katak ni cakap tak pernah kalah. Siapa yg nak berunding dgn si Katak ni. Besaq sangat ka si Katak ni? Aku nak tengok utk kali Ke-2 nya si Katak ni kehilangan wang pertaruhan.

Anonymous said...

Biarlah dia syok sendiri di alam fantasinya. Dosa sumpahan ribuan pengundi pas dulu yg bekerja tanpa mengharapkan upah akan sentiasa terjerut di lehernya dan menghantui hidupnya. Hati kecilnya tidak dapat menipu tentang jenayah yg dilakukannya.

insafdoh67 said...

pandai katak bodek.. lantik jd mufti perkasa molek.. sape nk ke dia tu. umno boleh r. Pakatan dok layan . pas serik doh wei.kihkih.kih.

Anonymous said...

Tak de ke puak yg nak ampu pekosa ni. Tak nak ke bintang pekosa. Nanti terang!! dulu kini dan selamanya....kihkihkih