Wednesday, December 12, 2012

JAGA AKHLAK!!! Tidak dianggap ceroboh hak bukan Islam


KUALA LUMPUR: Keputusan Kerajaan Kelantan untuk menangguh penguatkuasaan Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut wajar dilakukan jika bertujuan untuk menjelaskan kes yang timbul.
“Peraturan itu sendiri tidak seharusnya diketepikan kerana prinsip menjaga kesopanan dan kesusilaan masyarakat seperti yang terungkap dalam Rukun Negara tidak boleh diremehkan,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.


Justeru, tegasnya Mapim berpendirian usaha untuk menjaga akhlak masyarakat adalah usaha yang murni dan tidak boleh dianggap menceroboh hak bukan Islam.


Beliau berkata, Mapim berpegang kepada prinsip bahawa tujuan utama yang harus difahami oleh masyarakat ialah menjaga kemurnian nilai dan sahsiah masyarakat.


“Ia tidak boleh dilihat sebagai mengganggu hak masyarakat bukan Islam kerana ia adalah suatu kesepakatan sosial untuk menjaga budaya hidup masyarakat yang sihat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Undang-undang kecil Kedai Gunting Rambut Salun Uniseks yang diwujudkan oleh MPKB adalah jelas dan ia ujud sejak 1991.

Tambahnya, undang-undang seumpama itu juga wujud dikebanyakan PBT di seluruh negara.

Katanya lagi, jika ia tidak selaras dengan Perlembagaan Negara sudah tentu ia seharusnya dibahaskan sejak penggubalannya lagi.

“Kes saman yang dikeluarkan oleh MPKB ialah apabila ada pelanggaran syarat lesen. Itu pun apabila langkah peringatan dan nasihat dikeluarkan kepada pengusaha,” ujarnya.

Mohd Apabila terbukti memang pihak pengusaha sengaja tidak mengendahkan peraturan maka sewajarnya tindakan undang-undang diambil.

Azmi menambah, oleh itu tidak timbul isu memaksakan undang-undang yang menceroboh hak bukan Islam.

Katanya, gelagat politik bertaraf rendah dan murahan yang ditunjukkan oleh ahli Gerakan Negeri Sembilan yang bergegas ke salun uniseks di Kota Bharu dan mendapatkan khidmat di kedai berkenaaan dengan tujuan mencabar pihak berkuasa MPKB amat memualkan.

“Ia adalah tindakan kebudak-budakan ia tidak layak diberi layanan. Hanya publisiti murahan sahaja yang ingin diraih oleh mereka, bukan untuk melihat isu tersebut secara matang,” katanya.

16 comments:

Anonymous said...

Akhirnya pas patuh pada arahan abang besar, dap. Kih! Kih! Kih!

Anonymous said...

Dap ialah penasihat agama untuk parti pas. So, terpaksalah pas patuh..

Anonymous said...

Lu olang pas jangan main main sama dap. Kalu lu olang patuh, hilup lu olang akan cinang. Kalu lu olang ikut cakap dap mcm keledai, nanti kelusi kawasan cina lu olang bolih angkat. Kita sama-sama boleh kawtim.. Leng.. Leng loh..

insafdoh67 said...

Puok ni kita panggil gang S.T.K... Serba Tak Kena.. Bossss Pala Pening... Duk Gila TALAK....Ayam gila SAKAK. Mcm x fhm je... Macam macam ADA... Kih.kih.kih....

Anonymous said...

Pasal gunting rambut je tak de hal lah. Itupun undang2 cabuk zaman kuno. Tak jd kudis pun masuk tong sampah. Benda tu pun diguna utk beruk2 mat yeh yg ada penyakit gatal2 je....kan?

Deepak said...

insafdoh ni dah gilo ke...meroyan semacam.

kesiaaaannn...

insafdoh67 said...

Gila meroyan mcm puok nun ke.. Kih.kih.kih. Kalau kacau Bini org.. Lps tu duk merapu gangu kelate bakpe.. Mu ni jenis hati busuk r.. Mri rumah org wei.. Jaga adab wei.. Jgn nak wat Baloh r benggong.. Ni bukan zaman jepun... Jaga Adab... Mu cina luar... Jgn wat nyusoh cina kelatan Bodoo.. Mu sibuk bakpe.. Ni kampung org wei. Fikir dlu.. Insaflah...

Anonymous said...

Apa yg ko meroyan ni insafdoh67.. Cina yg memberi arahan tu ialah cina dap lah, ketua parti pas jugak. Aku rasa lbh baik ko jaga bahasa dan adab, sbb kalau spy dap tau ko meroyan mcm org giler ni, nanti diaorg kecik hati

Anonymous said...

Insafdoh67, kalau dap kasi arahan pada pas, kita patuh je lah. Nak bising melalut buat apa. Kita patuh dan taat, senang habis cerita. Aku risau sbb perangai ko ni, hubungan kita pas dan dap akan jadi renggang..

insafdoh67 said...

Dap tegur je... Xhal.. Mu anto cina gerakan mari wat Demo potong rambut msuk utusex tu... Apa niat mu... Mu kabo.... Ni mcm nk laga je... Xpyh belakun r cai.... Insaflah.....

Anonymous said...

Insafdoh67, dap bukannya tegur tapi MEMBERI ARAHAN PADA PAS, DAN ARAHAN DAP MESTI DIPATUHI! Takkan tu pun ko tak perasan kot.. Bila cina lain bising, pas buat donno je. Tapi bila dap kasi arahan, terus pas patuh.

Anonymous said...

Insofdoh! Tok sah la layan sgt beruk yg ada penyakit gatal nih! Peraturan tu pun dah kuno. Bukan pas yg buat.

insafdoh67 said...

Biar r.. Puas gok pg ni. Depak ya ke...Smlm g putrajaya... Cis... Turun bukit kena slalu Aes... Tolol. .. Turun bukit ada gok.. Bengong betui r...

Anonymous said...

beruk umno mana akhlak. pantang lepa nampak betis amoi cina

insafdoh67 said...

Kaw.kaw.kaw. Kih.kih.kih...

Anonymous said...

insafbodo,...kau kena saman ke ??
patut macam orang sewel. pade muko mu ! pandu laju lagi