Wednesday, December 19, 2012

KAUT UNTUNG PELAJAR!!! Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS

PETALING JAYA 20 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.

Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).


“Umno perlu bertangungjawab terhadap nasib graduan-graduan ini kerana institusi yang rapat dengan pimpinan Umno antaranya seperti UniRazak.

“UniRazak dimiliki Yayasan Pintar dan Lembaga Pengarahnya dianggotai Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Seri Ali Rustam,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Menurutnya, perkara tersebut berpunca apabila pemimpin Umno memperdagangkan institusi pendidikan demi kemewahan.

“Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam masa sama meluluskan kuota pengambilan yang memberi lesen kepada UniRazak dengan memberi gambaran graduan-graduan ini akan mendapat pekerjaan di dalam perkhidmatan perguruan negara.

“Di manakah moral pimpinan-pimpinan ini yang boleh ‘cuci tangan’ apabila graduan-graduan UniRazak lulusan ISMP tersadai tanpa peluang pekerjaan, sedangkan universiti yang dikendalikan mereka bersekongkol dengan KPT untuk menawarkan kursus perguruan meskipun mereka tahu kekosongan jawatan tidak mengizinkan pengambilan sedemikian rupa,” jelas Rafizi.

Sementara itu, Presiden Mahasiswa KEADILAN Malaysia, Haziq Abdul Aziz yang hadir sama mendesak kerajaan menyelesaikan segera berhubung pengangguran ISMP.

“Graduan ISMP ini dikatakan tidak layak untuk memohon pekerjaan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan walaupun MQA mengiktiraf sijil ijazah pendidikan UniRazak. Malah silibus ISMP UniRazak adalah sama dengan silibus ISMP di Maktab Perguruan IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam).

“KPT bertanggungjawab memberi kelulusan kepada UniRazak untuk tawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi jaminan pekerjaan kepada graduan ISMP UniRazak. Mengapa ditawarkan kursus ISMP tetapi tidak dapat memberi pekerjaan kepada graduan kursus tersebut?” soalnya.

Beliau menuntut kerajaan memberikan peluang sama rata kepada graduan IPTS seperti mana graduan IPTA.
“Perlu diberikan peluang sama rata dalam permohonan penempatan sebagai guru di sekolah-sekolah kerajaan. Kerajaan mesti selesaikan masalah pengangguran melibatkan graduan ISMP lepasan IPTS, manakala peluang permohonan adalah sebaiknya mengikut merit,” katanya.

Pada 27 April lalu, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sebarang temuduga dan pengambilan kerja untuk graduan ISMP lepasan IPTS tidak akan dilaksanakan kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=41465

1 comment:

insafdoh67 said...

Poning lagu ni... Lobang doh pocah banyok... Cai... Tido ke.... Kih.kih.kih...