Wednesday, December 26, 2012

KUASA DI TANGAN SIAPA? !!! Polis tidak berani tahan Ketua Pemuda UMNO Jempol?

Jempol: Timbalan Pengarah Konvoi Oren ‘Selamatkan Felda’ Negeri Sembilan, Karip Mohd Salleh hari ini mendesak polis Jempol menahan segera Ketua Pemuda Umno Jempol, Mohd Nizam Aman (gambar) kerana didakwa menjadi punca kekecohan Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu.

Kekecohan itu mengakibatkan dua peserta cedera dan cermin sebuah kenderaan pacuan empat roda dipecahkan oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong Umno-Barisan Nasional.

“Dalam laporan Sinar Harian edisi Negeri Sembilan semalam, Mohd Nizam secara terbuka mengaku mereka (Pemuda Umno Jempol) sejak awal lagi merancang mengadakan sekatan jalan di lebih 30 tanah rancangan Felda sebaik sahaja mengetahui kehadiran Konvoi Oren.


“Seperti mana dakwaan saya semalam maka ‘sudah terang lagi bersuluh’; Umno khususnya Mohd Nizam dan Umno Jempol lah yang merupakan punca keganasan berlaku ketika Konvoi Oren di Felda Bukit Rokan Utara.

“Maka saya mendesak pihak polis menahan segera Mohd Nizam dan orang suruhannya yang terlibat dalam mengadakan sekatan jalan ketika Konvoi Oren berlangsung.

“Dia (Mohd Nizam) sendiri dah mengaku, maka pihak polis harus mengambil tindakan segera dan tegas. Jika tindakan tegas tidak diambil, dikhuatiri selepas ini sesiapa sahaja termasuk parti politik atau organisasi lain akan turut mengambil tindakan sendiri dengan mengadakan sekatan jalan.

Rakaman seorang pemuda BN berjalan sambil memegang batu di tangannya.
“Tindakan ini seperti mencabar kuasa pihak polis. Maka polis harus bertindak tegas agar ia menjadi amaran kepada mana-mana pihak yang mengambil kuasa ditangan sendiri ,” kata Karip.

Mohd Nizam cakap belit-belit

Ketika ditanya FMT berhubung dakwaan Mohd Nizam di dalam akhbar yang sama bahawa insiden kekecohan yang berlaku di Felda Bukit Rokan Utara pada hari Ahad lalu sebenarnya berpunca daripada tindakan provokasi peserta Konvoi Oren; Karip berkata: “Kenyataan Mohd Nizam memang berbelit-belit.
 Mereka buat sekatan jalan bukan di jalan persendirian atau jalan di dalam tanah rancangan Felda tetapi di jalan awam.

“Sekatan jalan itu sendiri satu provokasi kerana menghalang pengguna jalanraya termasuk peserta Konvoi Oren ke Felda Jelai, Gemencheh atau Pasir Besar,
” katanya.

Manakala, Naib Ketua PKR Jempol, T Kumar yang juga merupakan seorang peguam mengesahkan kepada FMT bahawa adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 339 Kanun Keseksaan jika seseorang menghalang atau menyekat pergerakan individu lain.

Yang beria-ia membantah Umno bukan peneroka Felda

Karip yang juga merupakan Ketua Cabang PKR Jempol, dalam nada sinis mengucapkan terima kasih kepada Mohd Nizam dengan pengakuan tersebut secara langsung terbukti bahawa pihak yang beria-ia membantah kehadiran Konvoi Oren ialah Umno dan bukan peneroka Felda terbabit.

“Kenyataan terbuka Mohd Nizam ini dengan jelas membuktikan Umno yang beria-ia membantah Konvoi Oren dan bukannya peneroka Felda.

“Patutlah di setiap lokasi sekatan jalan ramai sangat pemuda dan remaja berbanding mereka yang berumur (peneroka).


“Saya harus berterima kasih kepada Mohd Nizam kerana kenyataan beliau menghantar mesej kepada umum bahawa sebenarnya Umno yang membuat sekatan jalan dan tidak benarkan kami masuk ke tanah rancangan Felda, bukannya peneroka Felda.

“Kenyataan saya semalam dalam FMT selari dengan kenyataan Mohd Nizam di dalam Sinar Harian.

“Saya harap mereka yang berada di luar Felda dan peneroka Felda yang tidak tahu cerita sebenar, kini tahu siapa sebenarnya yang menimbulkan huru hara di Felda Bukit Rokan Utara Ahad lepas,” jelas Karip.

Ulasan GB

GB sudah desak sebelum ini. Petikan:


Fasal yang mana di dalam Undang-undang yang mereka gunakan boleh menghalang orang lain untuk memasuki mana-mana kawasan di dalam negara ini? Undang-undang ciptaan dan rekaan sendiri lantaran takut dengan konvoi berkenaan? Kemudian setelah ada pengakuan sejelas itu, apa pula tindakan polis selanjutnya terhadap mereka yang mencabul undang-undang ni? Bukankah sepatutnya mereka ditangkap dan ditahan kerana mencabuli perlembagaan dan undang-undang negara?


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

6 comments:

Anonymous said...

apa tugas dan tanggungjawab PDRM?? menjaga keselamatan orgramai atau kuasa pemimpin2 yg takut hilang kuasa ?? pastu PDRM buat statement bebal kata xda lapuran...hangaitttttttt

poiislapaq said...

tugas kami menjaga periuk nasi kami...kami takut kalau kami bertindak pangkat akan ditahan,,tukar ke sabah 24 jam,,kami ada anak ramai..elaun yang kerajaan bagi tak cukup lagi...elaun pukul orang tak cukup.elaun jaga umno tak cukup....lagi pun segala laporan polis tak dak satu pun dari oren buat,,kami kalau tak dak laporan polis kami tak boleh bertindak...KECUALI kalau pas ,pkr dan dap...kalau kentut pun kami terpaksa tangkap...SOP kami tulis macam tu...kami berbangga menjadi polis di umno malaysia

insafdoh67 said...

Cari makan dgn umno bro.. Polis umno malaysia.. Tak payoh report r.. Wat perabis masa je duk balai report... Hampas pun tarok... Cari sekor sekor je pulun... Nok bising ape bro.. Sia sia je... Kena sutir dua baru dia sedor.. Mampusssss r Umno deras sikit... Puok mu ni mcm Iblis leni... Insaflah... Cai... Mu suka ke org cedera....

Anonymous said...

heh heh heh....

Anonymous said...

“The basis of DAP reaching out, engaging and co-operating with PAS in Pakatan Rakyast is not on Islamic state or hudud, but on the principles of promoting democracy, pluralism, cultural diversity, human rights, women’s rights and development in Malaysia.” - Lim Kit Siang.

ahli pas sekelian, kita telah ditipu oleh dap! marilah kita bersama-sama bangkit menolak kebatilan dan kesesatan dalam pakatan. Takbir!

Anonymous said...

tolak maksiat dan mungkar umno bn dlu