Tuesday, December 25, 2012

MAI BACA!!! Pukulan yang tepat singgah ke Najib..

Sebuah akhbar harian Bahasa Inggeris bertarikh Ahad, 16hb Disember 2012 telah melaporkan Perdana Menteri Najib Tun Razak sebagai berkata, "The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations".

Diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia ia bermaksud "pihak pembangkang hanya berpikir perihal huru-hara. Satu undi untuk mereka ialah satu undi untuk rusuhan, kacau-bilau dan tunjuk perasaan."

Kenyataan PM Najib diatas jelas menunjukkan bahawa beliau sedang bertungkus-lumus cuba mempengaruhi minda rakyat bahawa pihak pembangkang ialah puak yang jahat. Adakah beliau telah kehabisan idea yang bernas untuk berhujah dengan fakta dalam usaha beliau untuk mendapat sokongan rakyat?
Dimanakah perlaksanaan konsep 'kesederhanaan' yang selalu diuar-uarkan oleh beliau?

Adakah kenyataan diatas ini dibuat oleh beliau sebab beliau kurang yakin BN akan memperolehi pencapaian yang cemerlang dalam pilihanraya yang akan datang nanti?


Selain dari itu, pemimpin-pemimpin BN juga telah berkata bahawa pemilihan parti DAP gagal mencerminkan konsep 'Malaysian Malaysia' yang selalu diuar-uarkan oleh para pemimpin DAP dan juga tidak terdapat ramai orang Melayu dalam parti DAP.

Seorang penyokong PAS menjawab pemimpin BN dalam Facebook 'Road To Putrajaya' dengan mengatakan demikian: "Bagaimana pula dengan Umno? Adakah Umno mempunyai pemimpin Cina yang terkemuka di peringkat atasan? Bagaimana pula dengan MCA? Adakah MCA mempunyai pemimpin Melayu?"

Penyokong PAS tersebut juga berkata dalam DAP tidak terdapat ramai orang Melayu sebab ramai orang Melayu telah menyertai PAS ataupun KeADILan.

Memang penyokong PAS bijak meneliti situasi politik tanahair dan beliau telah memberi satu pukulan yang tepat kepada BN!

21 comments:

Anonymous said...

Bila Najib ckp huru-hara teringat Ketua Pemuda Umporno Gombak...
Tringat Megat
Tringat Omardin
Tringat Pulau Jerjak
Tringat di buang daerah

Umporno bela samseng melayu dua beranak ni....
Maka dianugerah Tan Sri & Datuk
Ape sumbangan mrk kpd negara?
Samseng Melayu belaan Umporno...
Jom Tolah Umporno/BN PRU13 - Wajib bro kita hindari budaya samseng... Najib pn tau....

Anonymous said...

Berkenaan tahaluf siyasi dan beza hubungan UMNO-MCA-MIC-GERAKAN vs PAS-DAP-PKR



UMNO masih dominan dalam Barisan Nasional dan parti komponen tidak pernah menyongsongkan polisi kufar mereka. Oleh itu parti komponen bukan Islam dalam Barisan dianggap kafir zimmi iaitu yang tak memudaratkan Islam



PAS pula akur dengan polisi Kritianisasi DAP dan Pluralisme dan Liberalisme PKR-kerjasama ini mudarat ke atas umat Islam.

rakab said...

Guan Eng terus-menerus mendesak nak gunakan kalimah Allah dalam bible melayu ketika perutusan krismas beliau.

Dap hina Islam lagi !

Ini boleh jadi perang agama jika tak di bendung......mana suara ulamak Pas ??....dah lebih 24 jam kenapa masih membisu ??

Mana janji nak pertahankan Islam ??

Betul kata Najib,..puak ni memang kaki huru-hara !!

The Didi Butter said...

Macai ni tak habis2 nak pecah belahkan pakatan PR. Concentrate la kat masalah dalaman BN tu dulu.

Sedar tak yang UMNO berkuasa selama ni pun bukan sbb undi Melayu sangat, tapi sbb BN selesa dengan undi kaum Cina & India kepada MCA & MIC. Melayu dah lama tinggalkan UMNO cuma kaum India & Cina lah yang memberi talian hayat kepada BN.

Sekarang ni bila kaum Cina & India dah nampak pilihan selain BN, mulalah meroyan.

Anonymous said...

Dah terdesak???? elok pun lingkup.

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

HAJI HADI SEDANG BERSUKA RIA DI AFRIKA, RAKYAT SEDANG BERDUKA CITA DI TERENGGANU DAN KELANTAN !

Anonymous said...

DAH PEMBUNUH,PENGKHIANAT PULAK TU,PENYAMUN PULAK,SANYAK PUN DIA SAPU PU DIA.APA NAK JADI KAMU NAJIB

Anonymous said...

DIA BUNUH SAPA.KAU ADA SAMA KA?
FITNAH MAKANAN RUJI HANG.
APA NAK JADI HANG NI.

mat ganja @ anak sungai derhaka said...

setan 18.40, tu dah tension gila.

ganyang dia lagi biar sampai pakatan LGBT haramjadah tu terlingkup !

Unknown said...

Comment to admin..
Pls remove unname/anom/rakab/offtopic comments..
Para penjenguk pengintai blog paspb mcm aku ni nk muntah + loya2 baca entri kau..sbb comment yg putar belit dan off topic..
Tolong kerja lebih sikit, remove off-topic comment..
Thx
-ABU-
12113 we are ready!

kampong lad said...

"The Opposition only thinks about chaos. A vote for them is a vote for riots, disturbances and demonstrations".

dia cakap depan cermin...ertinya akan jadi pembangkang & buat kacau bilau sapa? dia dah bagi clue! mami jelutong pun dah kata lagu tu & banyak lagi.

insafdoh67 said...

Biar r dia melalut... Kita pakat tengok kebengongan cai&co.... Baca blog ni orgmuda je ramai.. Dia pandai nilai hujah.. Bukan mcm orgtua warga emas zaman dlu.. Leni rakyat cerdik doh... Depak.rakab.cai&co.. Puok ni cari makan kedarah dgn umno je tau... Jadi Prof. Cai.cai. Umno... Kih.kih.kih... Insaflah... Jgn bnyok sgt fitnah.. 55thn umno tipu mokbapok kite wei....

Anonymous said...

hahahaha...kesiannya abu raihan !

Kalau takut dengan sepak terajang politik, jangan masuk gelanggang !!
....pii duduk celah dapur sembunyi dalam tempayan !!

Anonymous said...

rakab2deepak@mat ganja beruk umno ni sekor je dibantu luncai takut bini.

rakab ni tak sedor diri dah fitnah dato' fauzi dalam blog ni tak mahu minta maaf.

selagi dia tak minta maaf selagi itulah dianggap komennya fitnah belaka

insafdoh67 said...

Sekejap ada sekejap tiada... Mcm chipsmore Rakab.depak.lu..n.cai &co. Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Yup...ak org muda...bru 23 tahun..tahun ni start mengundi..x sabar ni nk undi pr!!! X kisah r PAS ke PKR ke DAP ke....yg penting ABU!!!

12113 WE ARE READY !!!

Anonymous said...

Biasanya dlm perlawanan apa pun, yg kalah akan cari gaduh. Cuma teori Pm je beza sikit. Teori terdesak ke.....teori songsang?

Anonymous said...

Matta merah, abg nuar cakap ko hensem. Dia ajak ko dtg kondo dia mlm ni. Ada berani? Heh.. Heh..

Anonymous said...

Yahudi dan Nasrani sejak awal lagi bertuhankan Allah SWT sebelum turun AlQuran. Salahkah mereka meminta sesuatu yg asalnya hak mrk? Apa alasan utk org Melayu menolaknya? Islam tdk akan mulia selagi ada sikap tekanan terhadap pihak lain.

Anonymous said...

Sangka aku guan eng masuk islam bila hari2 dok dengar ceramah pas pasal 'keluhuran' islam..last2 dia pulak nak ajaq melayu pasal kristian la pulak..

Kesian aku tengok pas ni bila terpaksa ikut telunjuk dap sebab nak sangat anwar jadi pm..malangnya lagi ditakdirkan anom 07.55 tu orang melayu dan penyokong fanatik pas..tapi aku teka 07.55 tu bukan beragama islam..untung le anwar..ermm

Anonymous said...

umno bn sama aja.dasar ketua maksiat dan mungkar