Thursday, December 27, 2012

PERTEMBUNGAN SENGIT DI BATU KURAU!!! Ust. Mohammad Fadzil Ellias ( PKR ) Vs Ust. Najamuddin Ellias ( BN )

BATU KURAU: Jika di Parlimen Larut PAS meletakkan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM,Datuk Fauzi Shaari sebagai calon mereka pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 13,di DUN Batu Kurau dalam parlimen tersebut pula akan diwakili oleh seorang calon yang berlatarbelakangkan agama.

DUN Batu Kurau adalah satu-satunya kerusi dalam parlimen Larut yang ditandingi Parti KeADILan Rakyat (PKR) sejak PRU ke 11.

Untuk PRU ke 13 dikhabarkan PKR akan menurunkan Ustaz Mohammad Fadzil bin Ellias (gambar) ,anak kelahiran Batu Kurau yang berasal dari Kg Anak Kurau.Beliau adalah anak tempatan Batu Kurau yang kini bertugas sebagai pegawai agama di Pulau Pinang dan merupakan lulusan dari Abu Bakr Islamic Universiy,Pakistan.

Timbalan Ketua Cabang PKR Larut,Haji Adli Kamarun ketika dihubungi penulis mengesahkan perkara itu.

Menurut beliau,pihaknya telahpun memperkenalkan calon tersebut kepada pengundi-pengundi di DUN Batu Kurau dalam beberapa program bersama masyarakat di situ sejak beberapa bulan yang lalu.

"Ternyata penerimaan mereka amat baik sekali malah tiada bantahan daripada ahli-ahli di peringkat akar umbi dan pihak kami yakin DUN Batu Kurau akan berjaya ditawan PKR pada PRU ke 13".Katanya

Ketua Angkatan Muda KeADILan(AMK)Larut,Shaiful Lizam Yusof ketika dihubungi juga turut meluahkan nada yang sama.

Katanya beliau yakin DUN Batu Kurau akan berjaya dimenangi PKR berdasarkan kepada 'mood' pengundi khususnya golongan muda yang semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat menyebabkan Umno tidak lagi berada pada zon selesa di DUN tersebut.PersepsiKitaBerbeza

11 comments:

Anonymous said...

Moga2 uztaz BN akan menang kerana PR telah menjual agama Islam demi sedikit keuntungan dunia!!!!!

Anonymous said...

Sape la yg ckp malaysia ni negara sekular ye?umno la bkn pr..pr bru berape tahun pernitah..

Anonymous said...

Selamat tinggal PAS. Diri ku meninggalkan mu... sesuai dgn engkau meninggalkan pengajaran Islam sebenar... memusuhi sdr seagama dan bertaut dgn kafir harbi DAP... demi undi!

Anonymous said...

InsyAllah aku akan undi pr pru13 nanti.

Anonymous said...

Biar pr pula mnjadi krajaan baru rakyat dpt mnilai bn atau pr yg lebih baik.
Undiku kali ini utk pr.

Anonymous said...

Pengkhianat agama islam adalah PR. Benar kata Nabi, akhir zaman umat islam umpama buih ! Undi ku untuk BN!

Anonymous said...

pengkhianat agama islam adalah orang yang mengamalkan undang2 sekular.ko kata ko islam,tpi ko xtegakkan hukum islam sepenuhnya,apa guna islam,hanya islam pada nama saja.sebaliknya ko lebih cenderung kepada perkara maksiat dan mungkar yang Tuhan larang.sungguh azab Allah amat pedih.contoh mcam program tv maksiat dan surat kbar setan ko tu.kamu masih xinsaf lg ke,kiamat dah hampir,bersatulah wahai saudara islamku mari kita menjunjung perintah Allah

buat masa ni saya rasa sikafir harbi ialah mca/gerakan/mic/ppp dll..sebabnya merekalah yg paling lantang memusuhi hukum islam dan sbgai perompak tegar harta negara (umno usah cakap la).Sebenarnya puak2 ni hakikatnya mereka bukan menentang Pas tapi menentang ALLAH