Wednesday, December 12, 2012

SAKIT HATI KENA SAMAN!!! Empat kamera AES di Perak dirosakkan


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengesan empat kejadian vandalisme ke atas kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) daripada tujuh yang dipasang di beberapa lokasi, antara Oktober dan November lepas.

Pengarah JPJ Perak, Ramli Awg Seberang berkata ia melibatkan kamera yang dipasang di Km205.6 berhampiran Kamunting dan Km373.2 di Slim River, kedua-duanya di Lebuh Raya Utara-Selatan yang disembur cat merah dan dipercayai ditumbangkan.


Beliau berkata sebuah lagi kamera di Jalan Pasir Putih di Ipoh juga dipercayai ditumbangkan dan sebuah lagi di Sungkai disembur cat hitam.



"Kita kategorikan semua kes ini sebagai kes vandalisme berat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat mengenai AES kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak media dan badan bukan kerajaan di Ipoh hari ini.


Ramli Awg berkata pihak syarikat penyedia AES telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan menambah setakat ini tiada tangkapan dibuat terhadap pihak yang dipercayai sengaja melakukan perbuatan berkenaan.


Beliau berkata syarikat penyedia perkhidmatan menanggung kos penyelenggaraan atau baik pulih AES yang mengalami kerosakan atau bermasalah.

Katanya pusat kawalan AES di Kuala Lumpur akan mengesan kes vandalisme yang berlaku.


"Bagi kes vandalisme, syarikat penyedia akan membuat laporan polis pada hari yang sama kejadian berlaku. Kes vandalisme ini susah hendak dielakkan, kadang-kadang pada waktu siang, kamera AES berada dalam keadaan baik, tapi esok pagi sudah tumbang atau disembur cat," katanya.


Ramli Awg berkata JPJ Perak akan meneruskan program penerangan mengenai AES kepada orang ramai yang dimulakan pada 5 Disember lepas.


-Bernama

14 comments:

Anonymous said...

Kerajaan yg tak prihatin ttg masaalah rakyat. Akibatnya menambah masalah. Polisi bn adalah menambah masaalah. Banyak masaalah byk duit masyuk

rakab said...

Senang saja,...Kalau takut kena saman maka patuhilah undang-undang jalanraya!!

Lagipun kamera tersebut diletakkan di tempat tertentu sahaja. Ada papan tanda mengingatkan pengguna jalanraya apabila menghampiri tempat letaknya kamera.

Kamera tu tak salah tetapi orang yang melanggar peraturan jalanraya itu yang salah !!

rakab said...

Kamera itu berfungsi 24 jam sehari dan sepanjang masa. Ia akan merakam kesalahan orang yang melanggar lampu isyarat dan memandu lebih had di tempat tertentu. Tidak mengira samada menteri, berjawatan besar atau orang kebanyakan. Dan yang paling penting,..ia tidak boleh dirasuah !!

Bukankah bagus tu...??

insafdoh67 said...

Nak turun terang ke rakyat pulok.. Knpe.. Rakyat x caya ke Tv 1/3 suku.. Wahyu Utusex doh ke leni... 1msia BOLEH sapu... Pencen Kaya Giler r semua baham Ko.mi..sen...sen...sen.. Pitih.pitih.pith. Duit.duit.duit.. Di dahulukan... Horey.horey.horey... Kita x syok sendiri doh..wei... Kih.kih.kih...

Anonymous said...

insafdoh,

Kalau semua patuh pada peraturan,maka tiadalah yang kena saman.

Tiada duit, pitih yang dapat dikutip.
demo tak kayo...

insafdoh67 said...

Anon patuh pada peraturan ke.... Wow hebat u.. Ni bkn soal patuh.. Ni psl saman punya komisen loo.. Lembu pun duk kondo leni... Hebat.. Bergaya.. Mantop... Baham Bodo... Ni nk elak pegawai mkn rasuah.. Kononnya... Piii....rahhhh.. Sendiri mau ingat r.. Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Insafdoh67, bukan malaysia je yg ada aes ni, singapore, us dan uk dah guna lama dah. Takde problem pun. Ni yg ko sibuk pasal duit, komisen, pitih ni apahal? Ko ni tgh pening ke?

Anonymous said...

Apa yg rakab dan anon 1730 cakap tu memang betul. Aes sebenarnya membawa bnyk kebaikan. Rakyat akan patuh undang2 dan kemalangan akan berkurangan. insafdoh67 hanya mencaci untuk meluahkan perasaan tanpa fakta dan hujah.

Anonymous said...

ee ele rakab menyamar anon. mana deepak

insafdoh67 said...

Semalam g putrajaya. Sesat.. Turun bukit flash... Cis... Aes letak kt bawah bukit... Bengong r... Tipu terus rakyat.. India ramai wei x ic.. Gelap putrajaya.... Sian tengok.... Baik jd indon dgn myamar ada ic.. Depak punya kawan lo.. Kih.kih.kih...

Anonymous said...

Bila bapak yg biul buat peraturan utk anak2. Salah!!! Denda dgn duit. Anak TERPAKSA ikut. Anak yg 2kali biul je yg melompat2 suka

insafdoh67 said...

Bukan psl ada ke tadok Duit. . Ni psl komisen r... Letak atas pala lutut molek... Jangan baham bodo r.. Nk tipu agok agok r... Kih.kih.kih.

Anonymous said...

Insafbodoh,.....kalau takdok keno saman maka takdok ler komisen!

bahalol

Anonymous said...

bongok anon 2322.xcukup ke saman jpj.ko nk tambah beban rakyat yg makin susah ni.orang kaya bodoh sombong mcam ko xpeduli rakyat bawahan.sepatutnya kerajaan bagi kaunseling kt rakyatnya dulu,bkn menyusahkan.rakab ko jgn berak kt cni.busuk betol