Thursday, January 3, 2013

DAH TAK LAKU!!! Utusan diedar secara percuma di Kedah


JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak?

Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong "survival" Utusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.


Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan berlaku pengedaran Utusan Malaysia di Kedah secara percuma termasuk di kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM.

Dalam kes ini menurut pengirim, beliau menerima akhbar Utusan Malaysia secara percuma yang ditaja oleh Pemimpin Umno Kedah yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah.



Sendiri punya syarikat akhbar, sendiri cetak, sendiri beli, kemudian sendiri edar secara percuma. Lepas tu kena saman kerana banyak fitnah, sendiri juga yang rugi. Bukan ke ini namanya kerja gila dan bodoh? Kah kah kah..milosuam

14 comments:

Anonymous said...

Aku selalu baca utusan. Selalu jugak baca harakah. Cerita utusan lbh bersandarkan pada fakta dan bukti, tapi harakah lbh kpd spekulasi. Yg plg best, harakah lbh suka menyiarkan kenyataan dap dan pkr melebihi pemimpin sendiri. Kenape eh?

Anonymous said...

Pengikut pas sekelian, utk tahu kebenaran kita kene tahu dari dua dua pihak. So, jom kita baca harakah dan utusan utk perbandingan. Barulah boleh buat penilaian dgn adil.

Anonymous said...

Aku pun borong jgk utusan,utk kedai mak aku..utk bacaan hanya sinar harian. utusan buka shja ikatan..terus jadi pembungkus nasik..

Anonymous said...

Aku dah bertahun tak baca utusan... mana ada fakta, semuanya auta je. Tapi bagus juga kalau ahli PAS nak baca utusan, sebagai bahan untuk perangat diri, supaya lebih rajin baca Qunut Nazilah dalam solat supaya binasa hendaknya UMNO/BN dalam PRU13 ni. Tapi kalau nak baca jangan beli, minta dari ahli UMNO mesti mereka sudi memberikan.

Anonymous said...

Kesian pemimpin pas. Harakah sendiri kurang mberi ruang pada mereka. Kadang2 bila aku baca harakah, rasa macam baca roket daily pulak

Anonymous said...

Hampa tunggulah, hari ini depa bagi surat habaq pecuma nanti kalau depa menang pulak PRU13 semua nanti depa tibai balik kat hampa, aku bukannya apa cuma dok peringat kat hampa jangan seronok sangat.

Anonymous said...

aku juga tidak baca utusan .Bukan setakat utusan semua akbar aku tak baca . tak dak duit nak beli hahahahha

Anonymous said...

baik guna duit sedekah kt masjid ke fakir drpda beli benda2 xberfaedah.ada jgk pahalanya untuk akhirat

Anonymous said...

Diputrajaya harakah diletak bersepah dibeberapa blok tak ada pun yang ambil belek2 belah.

Anonymous said...

hanya d putrajaya puak2 umno bn nafsu serakah berpusat.xdak berkat.utusan haprak

Anonymous said...

Buat apa nak baca paper penipu tegar.Pemimpin malaysia sapu duit rakyat keliling pingan, melayu dok jadi bonggok lagi.Aku tak tahupun samada wujud dak lagi utusex?nampaknya akan mampoih sama tuannya ameno tu kot....

insafdoh67 said...

Kah.kah.kah.... Habis doh modal bayor saman... Dok lama doh nk mampus mcm tuan dia r.... Huh.huh.huh... Kih.kih.kih... Guane ni cai. . Paroook... Parooook. Parooook..

Unknown said...

Anoy 02.52...kemah keming komen demo!Sokongg...baik geng di Putrajaya tengok film 3T. Tengok-tengok lepas tu belah...padan dengan habuan dunia untuk bawa ke akhirat. Hidup UMNO 1988!!

pesanan: ABU

Anonymous said...

ada lagi ka orang mau beli utusan?