Tuesday, January 8, 2013

DEEPAK BUAT HAL LAGI!!! Dah jual nak beli semula

KUALA LUMPUR, 8 Jan - Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menawarkan diri untuk membeli semula Astacanggih Sdn Bhd dari Boustead Holding Berhad, pembelian yang dikaitkan dengan pertukaran tanah kepada projek kontroversi Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas).

Ahli perniagaan kontroversi itu enggan memberi sebarang komen terhadap penjualan syarikat tersebut tetapi mengatakan beliau mahu membeli kembali Astacanggih. "Saya mahu membeli kembali saham dari Boustead," kata Deepak kepada wartawan di sini hari ini.

Dalam penyataan Bursa Malaysia yang difailkan pada 27 Disember, Boustead dikatakan memiliki Bakti Wira Developement Sdn Bhd membeli 80 peratus saham dalam Astacanggih bernilai RM30 juta.

Boustead juga berkata saham tersebut dibeli dari Prestige Dimension Sdn Bhd dan pemegang saham minoriti Astacanggih pada 20 Disember.

Bakti Wira Development dan Astacanggih juga menandatangani perjanjian dengan Awan Megah (M) Sdn Bhd pada 27 Disember untuk memiliki tanah milik kekal seluas 80.94 hektar di Klang, Selangor untuk RM130 juta.

Awan Megah adalah pemaju Puspahanas yang lambat menyiapkan projek, dimana projek ini dianugerahkan kepada syarikat Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah pada 2005 dan sepatutnya siap pada tahun 2011.

Walaupun projek Puspahanas yang bernilai RM100 juta dan pertukaran tanah tersebut mencetuskan kontroversi, Boustead berkata pembelian tanah tersebut adalah peluang untuk kumpulan tersebut meluaskan pemilikan tanahnya.

"Kita juga memiliki tanah untuk pembangunan seluas 283.28 hektar dari Jendela Hikmat Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki 60 peratus saham kepentingan oleh syarikat dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)," menurut sumber Boustead lagi.

Boustead berkata mereka optimis dengan prospek tanah tersebut memandangkan ia berada di lokasi yang strategik.

"Permintaan untuk tanah industri di kawasan ini semakin meningkat dengan siapnya setor terbaru UMW dan kilangnya di Bukit Raja, Klang," katanya lagi. ~tmi

No comments: