Sunday, January 6, 2013

KANTOI LAGI!!! Penipuan TV3 terbongkar



Rasanya ramai yang sudah lama tidak mengikuti siaran berita dari rejim Zionis Barisan Nasional (BN) terutamanya Buletin Utama yang diterbitkan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3).

Berikutan krisis air di Lembah Klang ekoran kegagalan syarikat penyedia bekalan air menaik taraf sistem pam di beberapa rumah pam miliknya, TV3 sekali lagi cuba menipu penonton dengan menyertakan bukti berbeza dari segi kandungan audio dan visualnya!

Rakaman visual krisis air di Johor 'dikitar semula' kununnya sebagai bukti menunjukkan Selangor menghadapi krisis air tahap gaban! 


Dalam laporan Buletin Utama dinyatakan lori tangki milik Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) yang dihantar tetapi visual menunjukkan bahawa sebenarnya lori tangki tersebut kepunyaan Syarikat Air Johor (SAJ) yang menghantar air ke kawasan kritikal ekoran krisis air di negeri itu beberapa tahun lalu.

Stesen televisyen swasta dasar pengampu Umno itu dikatakan cuba membodohkan penonton dengan paparan tersebut tetapi jika dikira logik akal, cuba kira berapa buah lori dari Johor digunakan semata-mata kunun membantu 'krisis air' di Selangor yang terletak lebih 200 kilometer jauhnya?


Berapa pula muatan meter padu yang mampu dihantar ke Selangor? 

Jika difikir secara logik, sepatutnya negeri jiran terdekat Selangor seperti Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) atau Lembaga Air Perak (LAP) tampil membantu sama ada dari Seremban atau pun Tanjung Malim, bukannya dari Batu Pahat atau Ledang!

Tempat nama yang ditunjukkan dalam visual berita itu ialah Desa Lembah Permai tetapi audionya menyebut Desa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.


Sebelum ini, paparan di Majalah 3 yang mengulas keperluan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) hingga menggelar penunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai 'pelesit jalanan' oleh wartawannya Mazidul Akmal Sidik mendapat bantahan hingga mereka mengadakan protes di hadapan ibu pejabat stesen televisyen tersebut di Petaling Jaya dua minggu lalu.

7 comments:

Anonymous said...

He.. He..

لين Si Pipi Merah said...


lama dah tak tgk TV3.

Tengok Live Updated dan Keadaan Taufan Di sini.

http://ohgadisitu.blogspot.com/2013/01/taufan-sonamutengok-live-update-dan.html

baretta said...

Dah 2 mlm berturut-turut tayang visual yg sama... Pembohong besar!!! Mintak-mintak terbakarlah Sri Pentas tu!!!

insafdoh67 said...

Molek.... Kita pakat doa Tv1/3suku mampus deras... Kita pakat doa biar timpa Bala puok ni... Jahat lebih dari setan....

Anonymous said...

Tv3 penyelamat bangsa!

Anonymous said...

penganjur dosa maksiat tv3

Anonymous said...

Sbnarnye SAJ memg tlibt dlm mmbantu bkaln air d S'gor. Dfahamkn sramai 19 org pkrja SAJ tlh dtugaskn utk mmbantu d sana. Hrp mklum.