Sunday, January 13, 2013

PERKEMBANGAN MENARIK!!! Anak muda semakin minat kepada PAS di Sabah



 KOTA KINABALU: Seramai 20 belia di Pulau Gaya dekat sini menyerahkan borang untuk menyertai PAS dalam satu majlis anjuran PAS Kawasan Putatan, petang tadi.

Borang-borang itu diserahkan kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu yang turut hadir dalam majlis itu. (Gambar atas)

Lahirul dalam ucapannya menyentuh berkenaan permasalahan utama yang membelenggu kehidupan rakyat serta beberapa isu berkaitan kebangkitan rakyat yang semakin ketara akibat kezaliman dan penindasan yang dilakukan pemerintah Umno dan Barisan Nasional.


Katanya, rakyat tidak perlu takut untuk bersama parti pembangkang kerana parti itu telah membuktikan keupayaan mengurus beberapa buah negeri sejak 2008 termasuk Perak yang dirampas oleh Barisan Nasional.

“Kita sudah menjadi kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor juga di Perak sebelum dirampas semula oleh Barisan Nasional.

“Pencapaian di negeri ini cukup membanggakan apatah lagi dengan laporan audit yang memperlihatkan keupayaan dinegeri yang ditadbir Pakatan Rakyat berjaya menghasilkan pendapatan negeri yang tertinggi,” kata Lahirul.

Beliau menambah, rakyat perlu membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang bagi memastikan kestabilan dan hak rakyat terjamin bersama Pakatan Rakyat.

7 comments:

Anonymous said...


Setakat 3 orang je bauat apa....

Anonymous said...

cemburu ke orang muda tak suka kat ameno

Anonymous said...

Banyak yg dah tinggalkan pas secara senyap menyampah dgn pemimpin yg terlalu banyak putaq belit. Sat macam tu sat macam ni org ni kata macamtu org tu kata macam ni. Pening.

wakelong said...

3 org kawan ke 3 org lawan? Mana bagus?

wakelong said...

Mana bagus? Kawan ke lawan?

Anonymous said...

anon 20:19 , buat pe mrk tinggalkan pas secara senyap. kan lebih baik isytihar terbuka boleh juga sekupang dua, masuk tv3 suku dan utusan meloya

insafdoh67 said...

Kalau ada org pas yg masuk umno.... 3hari 4mlm tv1/3 suku duk ulang... Sian ke cai..... Hasan jati... Nasa. .. pun tak nak masuk umno... Kih.kih.kih....