Friday, January 11, 2013

TERKINI KL112!!! Video lautan manusia menuju ke Stadium Merdeka





Himpunan Kebangkitan rakyat bakal memecah rekod sebagai perhimpunan rakyat terbesar dalam sejarah negara kerana kini dianggarkan antara 200 ribu ke 300 ribu peserta sedang mara ke Stadium Merdeka dari pelbagai arah.

Menurut laporan terbaru, kedudukan terkini setakat jam 1 tengah hari ini, lebih 140 ribu kini berarak di atas jalan raya sekitar ibu negara dan bergabung bersama dengan peserta yang sudah berada di dalam stadium dan di kawasan sekitar menurut beberapa saksi yang kini berada di persimpangan Jalan Hang Tuah.


Laporan agensi berita antarabangsa Reutes melaporkan keadaan sudah mula hangat dengan kehadiran beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa penganjur himpunan ini.

Malah, The Straits Times Singapura turut menempatkan beberapa koresponden dari republik itu termasuk Carolyn Hong yang sudah berada di dalam stadium bagi melaporkan perkembangan terkini.


Ribuan peserta beragama Islam kini sedang menunggu untuk menunaikan solat Zuhur di Masjid Al-Bukhary yang terletak hanya 300 meter dari pintu masuk stadium.


Menurut laporan Twitter Polis Diraja Malaysia memaklumkan keadaan setakat ini terkawal di semua jalan-jalan utama yang ditutup bagi memberi laluan kepada perarakan himpunan dari KLCC, Masjid Kampung Baru, Kelab Sultan Sulaiman, Jalan Sultan, Jalan Tun Perak, Jalan Bangsar dan Jalan Maharajalela.

Portal berita Malaysiakini melaporkan laman sesawang mereka tidak boleh diakses kerana hit yang sungguh tinggi mengatasi mana-mana himpunan Pakatan Rakyat sebelum ini.


Kesemua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijangka hadir bila-bila masa dari sekarang.

Himpunan bakal berlangsung kurang setengah jam dari sekarang dan perkembangan terkini bakal menyusul.

JALAN PULANG

No comments: