Sunday, January 13, 2013

UMNO PUTUS PELURU!!! Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah - Majlis Syura PAS

http://www.mindaaktif.net/wp-content/uploads/2012/12/polemik-isu-kalimah-allah-iklan1.jpgKUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.


"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

Isu penggunaan kalimah Allah kembali menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini mendapat kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama bebas.

Malah sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.

Bukan itu sahaja, pemimpin tertinggi PAS sendiri termasuk Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib, Haron Din, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyatakan pendirian tegas mereka, tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut bukan Islam.

Dalam perkembangan lain, Majlis Syura PAS turut mendesak kerajaan supaya membenarkan Abdul Hadi menjelaskan mengenai isu 'Amanat Hadi' dan ia perlu disiarkan secara langsung selama satu jam di TV1 dan TV3.

5 comments:

Anonymous said...

jawab isu ni cara halus...
mintak pihak kristian malaysia pohon nak guna Allah sebagai ganti tuhan dalam bible melayu melalui Vatican.
Biar Vatican yang memohon guna.
Dan berikan sebab-sebab kenapa nak guna, dan kenapa tidak guna dalam bible versi lain.
Dan mengaku Allah itu tuhan bagi segala sesuatu.
Dan pemohonan dibuat secara terbuka dengan isytiharkan kepada dunia.

Anonymous said...

Guan Eng ini nampak sangat macam kera kena belacan. Sifat munafik beliau dah makin terserlah kini, awas PR, sila berhati-hati dengan beliau ini, terutama Abang Mat Sabu, jangan terlalu membela orang begini kerana ianya boleh merosakkan perhubungan baik PAS dengan DAP. Bangsa Melayu amat sensitif berhubung soal Agama mereka, jangan cuba memainkan sentimen tersebut untuk mendapatkan sokongan minioriti umum, dalam soal Rasulullah SAW pun umat Islam sanggup mati (berjihad), inikan pula atas nama Tuhan (Allah) yang mereka sembah. Saranan kita kepada beliau (Guan Eng) Lain kali cuba mohon kepada pihak tertinggi kuil untuk menggantikan nama Gautama Buddha dengan nama "Kit Siang", macam mana?

Anonymous said...

Guan Eng orang kafir bukan munafik. munafik ni nama Islam tapi dalam masa yang sama menolak hukum Allah.

Guan Eng jika dia musuhi Islam ,kita dapat kenal tapi si munafik ni berlagak seolah2 mempertahankan kalimah Allah tapi dalam masa yang sama menolak hukum Allah

Anonymous said...

tanda2 org munafik ada ramai dlm umnu mungkin hampir 85% sbb mrk tolak hukum allah sama mcm dap, mic & mca juga gerakan

insafdoh67 said...

Lama doh dlm umno munafik... Mane besor dosa... Kafir guna kalimah atau Melayu Islam tokey Arak... Minta penjelasan.... Cakap nok bela islam... Perangai macam setan.... Murtad 250ribu wat diam je... Malas nok ckp psl agama.... Biar ulamak yg urus... Mane mufti... Mane ustaz.. Melayu ramai nok tukar agama apa cerita... Kalimah dia nok guna kita nok kata apa... Mane tau kristian duk asyik sebut kalimah. Akhirnya lame lame dia masuk islam. Kita islam tak rugi dia nok sebut Allah... Dia bukan nok hina... Dia nok agungkan nama Allah salah ke... Cuba fikir... Berapa ramai penganut kristian masuk islam bila dengar kalimah Allah. Jangan jadi mcm puok umno... Islam pada nama je... Berapa ramai Melayu islam jadi lebih jahat dari setan... Setan tadok jadi tokey Arak.. Melayu islam kat malaysia bersepah jd tokey pub. Kelab malam... Semua mufti.ularmamak.ustaz fulus wat tolol je... Insaflah.. Ketika ada peluang bertaubat....