Tuesday, February 5, 2013

90% YAKIN!!! Deepak kenal semua pihak terlibat ketika Altantuya dibunuh


KUALA LUMPUR: Dengan hanya memakai singlet, seorang pegawai kanan polis telah mengambil kenyataan ahli perniagaan Deepak Jaikishan mengenai Akuan Bersumpah kedua P Balasubramaniam.
(Deepak bersalam dengan Mahfuz selepas mesyuarat antara mereka)

Kenyataan itu pula bukannya diambil di Balai Polis tetapi di rumah pegawai kanan polis yang berpangkat ACP berkenaan.

Ia berlaku minggu lalu ketika Deepak sedang memberikan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
di Putrajaya mengenai SD 2 itu.


"Ini kali ketiga berlaku kepada saya. Ketika sedang atau dalam perjalanan hendak memberikan keterangan kepada SPRM, polis akan memanggil saya untuk mengambil keterangan.

"Bagi saya, ini semua gangguan seolah-olah mahu menghalang saya memberikan keterangan kepada SPRM," kata Deepak dalam sidang medianya bersama pemimpin PAS hari ini.

Petang ini, sekali lagi Deepak akan ke pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyambung keterangannya.

Minggu lalu, ketika sedang memberikan keterangan kepada SPRM, Deepak didatangi oleh lima pegawai polis.

Mereka mengarahkan beliau mengikut mereka segera ke Balai Polis di komplek Mahkamah Jalan Duta untuk diambil keterengan.

Selepas itu, mereka mengarahkan beliau ke rumah pegawai kanan polis yang berpangkat ACP itu untuk diambil keterangan.

Pegawai polis berkenaan hanya memakai singlet sahaja ketika mengambil keterangan beliau.

"Saya yakin ini semua sandiwara untuk mengganggu saya sahaja," kata Deepak.


Yakin 90 %


Dalam pada itu,  Deepak yakin 90 peratus beliau kenal semua pihak yang ada ketika wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu dibunuh.

"Memang saya tidak ada di tempat kejadian tetapi berdasarkan hubungan saya dengan keluarga Perdana Menteri, saya yakin saya kenal mereka yang terlibat," kata Deepak.

Ketika ditanya, bagaimana beliau kenal mereka sedangkan beliau tidak ada di situ, Deepak berkata berdasarkan hubungan beliau dengan mereka.

"Sebab saya tidak ada di situ, saya kata 90 peratus saya pasti," katanya.

Altantuuyaa dibunuh dengan kejam di kawasan hutan di Puncak Alam. Kepalanya ditembak dan selepas itu badannya diletupkan dengan bom C4 yang biasa digunakan anggota tentera dalam operasi mereka.

Dua pegawai polis yang menjadi pengawal pengiring Perdana Menteri telah dibicarakan dan didapati bersalah dalam kejadian itu dan dijatuhkan hukuman bunuh.

Beberapa bulan lalu Deepak keluar  dan mendakwa beliau terlibat dalam membantu Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam menyiapkan Akuan Bersumpah Kedua P Balasubramaniam yang menafikan pengakuan dalam SD 1 penyiasat persendirian itu.

No comments: